Friday, April 10, 2009

Frame Letak Cincin

Frame ini adalah tempat gantung Cincin. Ianya amat sesuai untuk mereka yang memikirkan bekas letak cincin. Mungkin boleh ubah style selain dari bekas berkotak. Almaklum...tidak lama lagi adalah musim perkahwinan. Jahit Sulaman Reben diatas kain dengan ukuran 9in x 12in. Ukuran Frame ialah 8inci x 10 inci. Gunakan spounge ketebalan 12mm dan gunting ikut saiz frame. Lekatkan dengan Hot Glue. Letakkan Hot Glue pada spounge untuk lekatkan kain yang telah siap sulaman reben diatasnya. Tarik tegang kain. Masukkan reben bercorak pada bahagian bertangkai. Reben ini untuk ikat cincin. Anggaran panjang reben 12 inci. Setelah siap. Masukkan pada frame gambar. Kemaskan belakang Frame dengan masking tape saiz 2 inci warna hitam.

3 comments:

D'Rimba said...

WAh indahnya bunga, di blog sayapun ada bunga. mari kita lihat bunga mana lebih asli. Hehehe....sudilah jenguk ya.Terima kasih juga kerana memelihara bahasa Melayu sehabis baik di blog ini. Bahasa kita makin parah dibuat bangsanya sendiri di tanah air sendiri.

Suzana Mustafa said...

D'Rimba,
Keindahan ciptaan Allah tidak akan sama dengan keindahan ciptaan manusia. Terima Kasih diatas kesudian ziarah dan kelapangan masa membaca my blog.
Salam Perkenalan !

E-RA said...

Salam Puan Ann

Klu sya nak beli bunga RE kat atas tu tp without frame bole ke? brapa rm?