Wednesday, June 20, 2007

Kembali Di Persada Maya

Aduhai lama tidak kembali aktifkan laman Blog ku ini...BUKAN merajuk...BUKAN sibuk...hanya orang nyer sahaja yang malas untuk menambahkan input perkembangan diri. Ini pun disebabkan rindu sangat setelah lama tidak menulis perkembangan diri..setelah lama sepikan diri dari menaip informasi di persada maya...kepada kawan-kawan era maya ku...terima kasih berbanyak kasih kerana kalian sudi membaca blog saya sehingga sanggup private mesej ingatkan saya... Emmm...dah lama tidak menulis, diri ini sendiri tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Perkembangan diri ku yang daif ini seperti biasa...sibuk dengan Laman web sendiri, WanitaMelayu.com. Alhamdulillah..berjalan sukses. Jika sebelum ini asyik Critical Error, disebabkan TIDAK tertampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai kunjung WanitaMelayu.com. Sewaktu masalah melanda...Ya..Allah ! kelam Kabut hidupku waktu itu..Dalam Bulan yang sama aje..deras sekali poket wang mengalir..Alhamdulillah..rezeki tetap ada dan segala masalah dapat diselesaikan. Paling pasti Forum WanitaMelayu.com akan terus gah dipersada maya. Aku impikan dan mengharap realiti menjadi kenyataan demi wanita untuk wanita. Tiada lain yang dapat Aku sumbangkan. Hanya dengan Forum itu sahaja sudah cukup dapat membantu wanita ku...paling Aku gembira apabila ada dikalangan mereka sukses. Sewaktu salah seorang Peniaga minta persetujuan untuk mengadakan Jualan Mega WanitaMelayu, Aku terfikir, boleh sukses ker Jualan Mega itu. Eemmm...tak mengapa...belum cuba belum tahu..mana tahu kot ler mereka boleh untung...Lama Aku termenung strategi bagaimana hendak menarik perhatian pembeli dan bagaimana untuk menjadikan Jualan itu benar-benar sukses.. Entah kenapa..sewaktu belek-belek Akhbar Harakah melihat pakej Umrah..terus dapat idea..Apabila aku implementkan di Forum...WOW ! unexpected...sambutan menggalakkan..paling terkejut apabila Aku menerima Carta Statistik Jumlah Pengunjung forum mencecah 900,000 orang dalam masa seminggu...WOW...hebat juga...walhal forum baru..forum yang banyak kekurangan sana sini. WanitaMelayu.com telah diberikan label sebagai tempat Syurga Shopping di Internet...aduhai kawan ku...ekceli..lain yang Aku inginkan lain pula jadinya..Dari Ahli semua Melayu..akhirnya ada ahli Bukan Melayu dan paling terkejut..peniaga Bukan Melayu pun tertarik untuk iklan sama. Alhamdulillah... Sepanjang Jualan Mega...hati ku berdebar-debar, khuatir TIDAK mendapat sambutan dan Khuatir mereka tidak dapat untung yang diharapkan. Dugaan ku meleset, apabila terima call dan pm serta sms thank you soo much diatas usaha ku implementasikan Mega Sale di WanitaMelayu.com. Strategi ku berjaya menarik perhatian pembeli baru..paling Aku gembira dan terharu apabila Peniaga maklumkan jualan mereka masyuk hingga cecah RM5k sehari. WOW...hebat sekali dan kegembiraan mereka kegembiraan ku jua... Hari ini paling lucu, apabila seorang peniaga nie..call me maklumkan Akaun Maybank dia kena tahan sebab Unexpected Account transaction...mana tidak sehari akaun masuk cecah RM10 ribu...sangkaan ku seorang peniaga sahaja..rupanya ada 3 peniaga hadapi masalah yang sama... Hebat sekali Wanita-wanita ku...yang pasti Hebat Sekali Wanita Melayu.

1 comment:

Yin Hasni said...

sy nk ucapkn tahniah.....smoga niat Pn Ann tu tercapai. Sy yg rs mcm tkurung kat ni pun rs gembira sbb ada alternatif lain utk sy bercampur ngan org lain w/pun dlm siber
Sy suka kelas2 kraftangan tu..dan jugak segmen jualan mega sale tu.Xdpt window shopping kat luar kat internet pun jdlh