Tuesday, February 13, 2007

Kraf Hiasan Dapur

Inilah hobi dimasa lapang. Kraf dibawah ini dibuat sempena Aktiviti Exchange Kraf untuk Group Komuniti Wanita Melayu.com. Tema hiasan dapur. Jenuh juga memikirkan apa yang hendak dibuat. Akhirnya inilah hasilnya... Ini pula ialah kraf hiasan dapur dari bahan recycle. Saya suka minum air botol 100 Plus, sayang sangat botol-botol itu dibuang begitu sahaja, maka saya hasilkan kraf ini....disalut dengan kain cross stitch, jahit perkataan tertentu dan salut seolah botol berkenaan berpakaian. Ini juga adalah salah satu aktiviti Exchange untuk Group Kraftangan di forum Melayu.com. Bekas kuih, almaklum banyak sangat dirumah setiap kali beli kuih sempena Hari Raya. Sayang dibuang begitu sahaja, saya jahit perkataan dan balut dengan kain cross stitch. Hias dengan renda dan bunga riben kecil. Biskut tin oreo pemberian kawan. Sayang dibuang tin begitu sahaja, saya ubahsuai menjadi bekas serbaguna. Salut dengan fabrik dan hias bunga diatas tin. Tin biskut ini memang banyak sangat dirumah. Saya ubahsuai dengan teknik decoupage. Inilah hasil decoupage yang pertama belajar di "Creative Cottage", Amcorp Mall, Petaling Jaya. Minat sangat dengan Kraf..semua benda hendak belajar...hehehe...ini adalah kraf dari suratkhabar. Aduhai..sampai sakit-sakit tangan dan bahu menggulung kertas suratkabar. Sangkaan senang dibuat. Ooolaalaa...susah nyer nak gulung...harus gulung nipis-nipis...kemudian...kena anyam macam buat bakul mengkuang. Yang ajar adalah ibu mertua ku...tak sangka dia laei pandai dari saya...hehehhee

No comments: