Tuesday, September 24, 2013

PROGRAM I-KIT JPW KEDAH

Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) : Bunga Reben anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Kementerian Pembangunan Wanita pada 17 -21 September 2013 (5 hari) bertempat di UTC Tingkat 5, Bangunan UTC, Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Star, Kedah seramai 30 peserta yang telah menghadirkan diri untuk program ini.


 
Ucapan alu-aluan pembukaan program oleh Puan Misah Mamat, Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Kementerian Pembangunan Wanita.
 





 
 Hari pertama program, menyiapkan Bakul Bunga Reben. Peserta tekun menyiapkan tugasan.  Jumlah peserta 30 orang, maka saya bahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada 6 orang. Fokus utama saya ialah kerjasama dalam setiap kumpulan. Jika kumpulan tersebut siap cepat, maka ada hadiah untuk setiap kumpulan.

 
Inilah kumpulan Mawar yang senantiasa siap cepat.
 








 
Hari pertama dan kedua, peserta diajar untuk membuat bunga reben. Ada 10 teknik bunga reben yang boleh dijadikan bunga pahar atau bunga tangan.

 
Tugasan kedua, sekali lagi kumpulan Mawar menang. Menyiapkan jambangan bunga reben hiasan dinding.





Dah macam Kedai Bunga...hahahahha...penuh dengan bunga-bunga atas meja, dinding dan sampaikan peserta pun penuh bunga ditangan.

 
Kumpulan Mawar yang paling siap cepat...

 
Kumpulan Bunga Ros
 


Kumpulan Cik Kiah Rock...ini group petron...bukan minyak petron ekkk.....
 

 
Alahaiii...lupa laa nama kumpulan ni....

 
Kumpulan Tulip..kumpulan ni..dalam diam berisi..benar-benar kreatif pesertanya ketika menyiapkan jambangan bunga tangan...respek dengan hasilnya...

 
5 hari program, peserta diajar membuat 10 jenis bunga pahar atau bunga tangan, Jambangan Bunga Reben Hiasan dinding, Gubahan bunga reben pada rotan yang boleh dijadikan dulang hantaran atau hiasan cermin ditengahnya dan akhir sekali jambangan bunga tangan.


 
Sejambak bunga reben yang digubah di pasu sebagai tanda Terima Kasih dari saya untuk JPW Kedah. Saya ambil masa seminggu untuk siapkan bunga reben tersebut.

 
Foto beramai-ramai diakhir program...peserta yang D'Best dan semuanya berikan kerjasama untuk menyiapkan semua tugasan dalam tempoh 5 hari...ada yang tidur sampai pukul 3 pagi untuk siapkan tugasan. Paling happy apabila sampai aje saya di KL, terima sms dari peserta...dah dapat tempahan Jambangan Bunga Tangan...Alhamdulillahhhh...ada yang menempah sampai 2 jambak.
 

Ini peserta paling muda...hahaahahhahaha...orang dapat pingat...dia pun nak...bunga brooch yang dipakai itulah pingat....sebelum dapat...diberikan tugasan menyanyi...lagu yang dinyanyikan ialah Lagu Negeri Kedah...jadi laaaaa...
 
 

 
Jika ke Kedah..pasti cari tempat makan Laksa yang D'Best....memang SEDAPPPPP....Tak percaya...pergi cuba dan makan di Ground Floor, Bangunan UTC, Kedah. Dua kali makan dan dua kali tambah...sedap sungguh....
 
Okey.....tunggu alkisah seterusnya perjalanan saya ke JPW Kelantan...pada 1-7 Oktober 2013....

2 comments:

Iefa Riena said...

Laksa kak ruby tu cikgu sya lah. Huhu bila lgi ye kelas kt kedah? Yuran pulak macam mana. Sya berminat sgt dengan sulaman reben ni. Buku jahitan sulaman reben dh beli, sekarang sya belajar dari buku ni lah. Berminat sangat sebab boleh bantu suami yg bekerja sorang.

Iefa Riena said...

Laksa kak ruby tu cikgu sya lah. Huhu bila lgi ye kelas kt kedah? Yuran pulak macam mana. Sya berminat sgt dengan sulaman reben ni. Buku jahitan sulaman reben dh beli, sekarang sya belajar dari buku ni lah. Berminat sangat sebab boleh bantu suami yg bekerja sorang.