Thursday, August 22, 2013

MAKLUMAN WARGA KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA

Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai Pengendali Pelaksanaan Program Penyedia Perkhidmatan Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-Kit) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-Keunita) 2.0 untuk tahun 2013 oleh Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan/Putrajaya untuk program Jahitan Sulaman Reben dan Bunga Reben selama 10 hari.

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk sertai program ini, boleh mesej kepada saya atau email ke zsi_trading@yahoo.com atau sms ke 012-6819435 informasi berikut;
Nama Penuh :
I/C No. :
Alamat :
H/P No. @ contact no. :

Program ini percuma dan keutamaan adalah ibu tunggal, suri rumah dan wanita yang berpendapatan rendah tetapi berminat untuk memperbaiki ekonomi famili serta yang tinggal di daerah Kuala Lumpur atau Putrajaya sahaja.

Program selama 10 hari akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada 28 September 2013 hingga 27 Oktober (10 hari) bertempat di Dewan Nur, Pusat Komuniti Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Maklumkan kepada sesiapa sahaja yang anda kenali atau orang yang terdekat dengan anda.

Saya perlu serahkan senarai nama peserta kepada JPW WP Kuala Lumpur/Putrajaya pada atau sebelum 29 Ogos 2013.

No comments: