Tuesday, June 25, 2013

PROGRAM I-KIT JPW KELANTAN

Salam Sejahtera pengunjung Blog...agak lama kan..saya tidak kemaskini diari ini..almaklum...kebizian melanda diri tiada kesudahan...ini kali..nak stori pengalaman saya mengajar untuk Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) Usahawan Sulaman Reben dan Bunga Reben anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kelantan pada 12 - 18 Jun 2013 (7 hari) dan sambung lagi pada 20 Jun 2013. 


Ucapan perasmian program oleh Pengarah JPW Kelantan, Puan Azlina Embran.
 
Sewaktu di Kelantan, saya menginap di Royal Guest Hotel...hotel 3 bintang...makan memang best...malas nak ulas lelebih...sebab sudah ada Travel Web yang berikan komen tentang Hotel ini. Apa yang boleh saya ceritakan ialah...kurang lena tidur pada hari pertama dan kedua..sebab tak tahan telinga mendengar tikus dok berkejar-kejaran dan cakar mencakar di bumbung hotel...masuk hari ketiga dan seterusnya...dah lali telinga ini...bom meletup pun tak dengar...hahhahahhaa.....


Foto ini diambil pada hari ketiga bengkel sewaktu lawatan Puan Che Azizah Che Rashid, Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pembangunan Wanita.

Sebenarnya...mengajar pelajar baru...saya memang tidak boleh mengharapkan kesempurnaan...almaklum...mereka semua masih baru nak belajar cara pegang jarum, cara nak bentuk bunga dan sebagainya...yang penting ialah "MINAT dan KESUNGGUHAN"...jika itu ada dalam diri pelajar...insya-allah...mereka boleh buat.




Seramai 12 peserta ibu tunggal yang terpilih untuk sertai program ini. Foto diatas menunjukkan peserta sedang tekun menyiapkan tugasan...siapa yang siap cepat...dapat kenaikan pangkat...lihat foto diatas,  peserta yang terlebih dapat kenaikan pangkat, sampaikan pingat di letakkan di tudung kepala...hahahhahahhaha.....

Program Usahawan ini, banyak teknik jahitan dan kemahiran bunga reben yang dipelajari yang secara keseluruhan 43 teknik jahitan sulaman reben dan bunga reben peserta belajar. Malah...ada 6 cabang perniagaan yang peserta boleh ceburi hanya berasaskan bahan reben sahaja. Maka tiada alasan...jika peserta katakan tidak boleh niaga...insya-allah...



Hand Bouquet Ribbon Flower, hasil kerjatangan peserta I-Kit Cik Yanie Pink dan Puan Rahana...menarik kan...terasa berbaloi mengajar mereka...apabila peserta berjaya menyerlahkan kreativiti nyer...


Foto beramai-ramai pada sessi penutup majlis...masing-masing memegang Bunga Tangan Bunga Reben...Alhamdulillah...saya puas hati dengan hasil kerjatangan peserta...walaupun tidak mencapai mutlak...memadai mencapai matlamat program.

Sewaktu di Kelantan, saya berkesempatan shopping borong reben di Kedai Mega Lace, Kota Bahru...banyak gak laa...borong reben warna-warna baru...sampai hubby sindir-sindir..."kabinet reben tu...jika tak cukup..boleh beli di KB..." amboiiii...melampau lerrr...sampai kabinet reben pun nak beli di Kota Bahru..angkut balik ke KL...Insya-allah...jika diizinkan Allah swt...saya akan turun sekali lagi ke Kelantan pada bulan Oktober 2013...juga...atas jemputan JPW Kelantan...TUNGGGGGUUUU Pengumuman....


 

4 comments:

Unknown said...

wah pn ann....cantik la bunga yg anak didik pn ann wat....paling berkenan yg bunga lily tu....cantik

yayaa said...

salam..menarik nye ade bengkel kt kelantan jgk...klo berkesempatan,,mmg sy naak sgt join..:)

Unknown said...

Salam puan..bila nk bt kt terengganu pla?

Suzana Mustafa said...

yayaa,
Ada lagi bengkel..insya-allah bulan Oktober.

Insan Biasa,
Jika Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu panggil saya mengajar..sudah tentu saya kesana.