Tuesday, April 30, 2013

BENGKEL SULAMAN & BUNGA REBEN DI KELANTAN

Salam sejahtera pengunjung Blog...Ini adalah berita baik untuk warga Kelantan. Saya telah dijemput oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan untuk program berikut;
  • Program IKit Jahitan Sulaman Reben & Bunga Reben pada 12 Jun - 18 Jun 2013 (7 Hari). Program ini khusus untuk Ibu Tunggal sahaja. Oleh itu, jika anda atau sesiapa sahaja, saudara, kakak, emak, anda boleh hubungi JPW Kelantan untuk penyertaan secara percuma. Elaun kehadiran akan diberikan kepada peserta. Keutamaan pada peserta yang  benar-benar serius atau berminat untuk memajukan diri dalam seni kemahiran sulaman reben.
  • Program Jejari Bistari pada 19 Jun 2013 (Sehari). Bengkel Jahitan Asas Sulaman Reben. Penyertaan terbuka. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pejabat JPW Kelantan untuk pendaftaran. Tiada bayaran dikenakan, semuanya dibiayai oleh JPW Kelantan.

Hebahkan dan maklumkan kepada rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja yang berminat. Ini adalah alamat dan telefon nombor untuk JPW Kelantan;


JPW Negeri Kelantan
JKR 1030, Taman Kemumin, 

Pengkalan Chepa, 
16100 Kota Bharu, Kelantan.

(T) 09-7741005

 

2 comments:

Thydee dress online said...

salam, tak nak adakan ke kelas di kawasan sabah?

Thydee dress online said...

salam, tak nak adakan ke kelas di kawasan sabah?