Tuesday, January 8, 2013

TEKNIK MEWARNA REBEN

Salam Sejahtera pengunjung Blog...awal tahun 2013 kebizian melanda diri...hingga nak update blog pun tiada kesempatan...alhamdulillah...bila semua keempat anak duduk asrama...lebih banyak masa laaa nak buat aktiviti mereben. Entree kali ni...saya nak stori bagaimana nak mewarna reben...sebab ada yang tanya dan ada yang kurang keyakinan untuk buat. 
  • Jika anda menggunakan pewarna yang dah siap warna ikut warna bunga asli...ini lebih mudah dan hasilnya lebih menarik pandangan...berbanding anda menggunakan pewarna Batik. 
  • Pewarna batik ada 4 warna asas iaitu kuning, biru, hijau dan merah...ini anda kena pandai dan kreatif membancuh warna...kena rujuk colour chart. 
Oleh itu, saya lebih suka menggunakan pewarna yang dah siap bancuh warna ikut warna asal bunga...senang, cepat dan mudah...almaklum...saya bukan orang "SENI" khusus dalam lukisan...maka soal bancuh membancuh warna BUKAN kepakaran saya...


 Jika hendak warnakan reben, anda haruslah menggunakan reben warna putih atau offwhite, hasilnya lebih menarik. Teknik bunga diatas ada ditunjukkan didalam buku "Variasi Seni Sulaman Reben" (Sila rujuk buku terbaru saya). Bezanya, didalam buku ditunjukkan jahit atas kain, bunga ini saya gam dengan batang bunga.
 


Menggunakan pewarna "Gipsy Pink", jika anda berminat nak beli, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com. Setitik sahaja pewarna dan lebihkan banyak air, bancuh atau kacau sehingga sebati dan gunakan berus lukisan untuk sapu keliling kelopak reben. Bahagian tengah bunga, gunakan warna yang tidak dibancuh dengan air. Sapukan ditengahnya dengan berus lukisan untuk dapatkan hasil bunga ros yang menarik.
 

Selepas anda sapu pewarna, biarkan bunga reben itu kering sendiri. Lebih cepat kering jika anda buat dibawah kipas. TIDAK perlu jemur dibawah panas terik mahatari. Itulah hasilnya, bunga reben yang telah siap diwarnakan. Kualiti gambar kurang menarik...maka kurang jelas warna bunga reben ini...apa pun...yang penting tips dan teknik untuk mewarna reben.

2 comments:

Unknown said...

hermoso trabajo, cada rosa, flor, todo lo que haces son obras de arte, me encanta lo que haces, Dios te bendiga mil veces mas... tienes un corazón generoso, gracias por compartir

Suzana Mustafa said...

eres bienvenido y gracias visitar mi blog.