Sunday, October 17, 2010

Sulaman Reben Terbaru

Ini adalah hasil Jahitan Sulaman Reben bunga Ros berkelopak projek terbaru. Menggunakan Velvet Ribbon saiz 4 inci yang dibeli sewaktu saya ke Kota Kinabalu, Sabah. Reben berkenaan adalah reben lama...entah kenapa Tauke kedai jual murah kepada saya untuk habiskan stok reben-reben lama. Agak sukar juga untuk bentukkan kelopak bunga ini...terutama apabila hendak tegakkan setiap kelopak..perlu jahit kuat dan tarik benang untuk bentukkan setiap kelopak bunga. Sulaman Reben diatas adalah untuk Sarung Kusyen saiz 16" x 16".

10 comments:

karanfilnakis/ribbonembroidery said...

this second picture .. the roses are from ribbon by handmade or prepared .???? They looks wonderfull indeed . please reply me :) thanks

Mama Nuriel said...

nice sangat la...

CikTie said...

salam pn.ann... wah! cantik!!! hilang rindu pada RE hasil sentuhan pn.ann. cantik sangat!!! tahniah.

Kak Ina said...

ya allah pn ann!!!!!! cantiknya bunga tu!!! macam real!....diam pn ann...dia create bunga baru! tahniah pn ann!!!cantik sangat !!!!

euphoria said...

nombor 2. sangat gorgeous!

Rafidah Rahim said...

serius...cantik gile.
bila nak buat kelas kat jb?

Hany Gallery said...

Salam. Cantiknya, nampak hidup. Wonderfull....

DIESHA said...

cantiknya....macam bunga ori...tahniah...

zaliana said...

salam puan..cantiknya bunga terbaru!!!lebar ye saiz reben tu..sampai 4 inci

ROSLITA said...

jatuh chentaa...tgk roses ni..looks real...