Tuesday, August 11, 2009

Renda Penutup Kuih

Ada yang sms kepada saya bertanyakan tentang renda bekas kuih...iaitu sukar nak dapat atau cari renda seperti saya gunakan. Ekceli...memang benar...sebabnya renda berkenaan bukan di beli di M'sia. Saya beli khusus untuk produk bekas kuih sahaja. Apa pun saya ada berikan opsyen Atau alternatif lain iaitu dengan pilih @ cari renda @ lace yang biasa di gunakan untuk kotak hiasan hantaran. Kesalnya...orang yang sms kepada saya boleh katakan TIDAK ada dipasaran dan sukar nak dapatkan...saya dah minta dia pergi ke Kedai Bunga Reben...saya kata melambak disana...sekali lagi mesej diterima..."jenuh cari dah Pn Ann...tak de laa..."...eeemmm...pelik laa plak....disebabkan tidak puas hati...maka saya survey ke beberapa kedai yang BUKAN cawangan kedai Bunga Reben...saya beli sikit-sikit untuk saya shoot foto dan upload disini untuk berikan idea kepada yang berminat untuk buat bekas kuih. Renda diatas juga boleh digunakan...malah menarik pandangan..asalkan TIDAK ada corak kilat-kilat...ala-ala pengantin gitu...biar simple..memadai dengan sulaman benang sahaja. Cuba rujuk foto dibawah ini yang menggunakan renda seperti diatas. Menarik juga kan ? Tidak semestinya harus sama menggunakan renda ropol-ropol seperti yang saya gunakan...hehehehe....

2 comments:

euphoria said...

Cikgu, saya pegi kat SSF Jalan TAR pun banyak renda tu. Kat Kedai Bunga Reben tu bersusun2 la renda kat belah kiri kedai opposite the ribbons.. cuma kena cari saiz yang sesuai.

Suzana Mustafa said...

euphoria,
yeap...di SSF dan Kedai Bunga Reben memang banyak...nie pun baru balik dari Kedai Bunga Reben..beli lace cegitu warna putih cream...sebab ada orang tempah untuk hantaran...