Tuesday, August 25, 2009

Abdul Afiq kena H1N1

Dalam pada kerisauan melanda saya tentang penyakit H1N1 yang kata lebih mudah menyerang orang penyakit asma...almaklum, saya ada sakit asma sejak kecil....sangkaan saya meleset..sebaliknya anak lelaki No. 2 saya, Abdul Afiq telah diserang sakit H1N1. Bermula dengan anak lelaki bongsu, demam panas, batuk-batuk dan selsema...kemudian Amira (Anak ke3)...kemudian An'Nisa (Anak Sulong)....akhirnya berjangkit ke Abdul Afiq. Afiq kena demam panas pada 20/8/09...saya berikan ubat demam kakaknya...tapi tak berkurangan...panasnya naik sehingga 40 darjah...pada 21/8/09...saya bawa dia ke klinik Pakar Kanak-kanak...Dr berikan dia ubat selsema, demam, batuk, antibiotik dan ubat sakit tekak. Sehingga 24/8/09...demam TIDAK berkurangan..malah panas badan semakin mendadak sehingga dia meracau-racau...maka saya pergi semula ke klinik untuk dapatkan surat rujukan untuk refer ke Hospital. Pada 24/8/09, 12 malam...saya ke Unit Emergency Pusat Perubatan HUKM...Dr baca surat rujukan berkenaan dan buat medical check-up pada Afiq...Dr terus ambil darah, buat x-ray...Dr dah syak berdasarkan simpton yang Afiq alami...walaupun Afiq TIADA sesak nafas.... Pada 24/8/09, 1.30 pagi...Dr pakar merawat anak saya..Laporan Darah dah terima...kemudian Dr maklumkan kepada saya bahawa anak saya kena H1N1..maka dia perlu dimasukkan ke wad malam itu juga dan TIDAK dibenarkan sesiapa melawat dia kecuali Ibu dan bapa.... Afiq di masukkan ke wad...kemudian kami di brief serba sedikit untuk berpakaian yang boleh mencegah jangkitan ketika melawat Afiq. Saya sebagai ibu pastinya...tidak puas hati...saya minta Dr jelaskan lebih lanjut...Dr kata...Anak saya nie masih di tahap boleh diselamatkan...sebabnya DIA TIDAK alami simpton serius iaitu sesak nafas...Afiq hanya alami jangkitan bakteria yang boleh dicegah dengan suntikan ubat H1N1.... Apa yang saya hendak sampaikan ialah...Virus ini semakin serius..sekalipun ada daya ketahanan diri...jangkitan mungkin boleh berlaku... Doakan Kesejahteraan dan keselamatan Anak saya Abul Afiq...semoga dia cepat sembuh dari sakit H1N1....

12 comments:

Syafazaliza said...

saya doakan semoga anak pnann cepat sembuh dan bebas drp virus h1n1..

adianiez AIDA said...

saya juga turut doa kan anak2 pn Ann sihat 100% dari h1n1.

Anasfadilah said...

semoga Afiq cepat sembuh.InsyaAllah

CikTie said...

sifu...ciktie doakan afiq cepat sembuh dan segalanya kembali seperti selalu...sifu takyah runsing dan risau2 lagi...InsyaAllah!

Salmi said...

Salaam Pn. Ann,

Moga Allah memberikan kesembuhan pada Afiq. Harap Pn.Ann sekeluarga tabah menghadapi ujian di bulan ramadhan ini.

Ryany said...

Semoga segala-galanya kembali kepada keadaan asal. Tak terbayang apa perasaan Pn. Ann sekarang. Sama-sama kita berdoa dan tawakkal.

euphoria said...

Cikgu,
saya doakan anak cikgu cepat sembuh seperti sediakala. Hanya org2 yang tertentu dipilih oleh Allah swt utk mengharungi dugaan demi dugaan.

Ellyn Salman said...

:: Semoga Pn Ann tabah & kuat menghadapi dugaan-Nya... Semoga Afiq cepat sembuh... InsyaAllah... amin...

D'Nanies Cakes & Cookies said...

Semoga Afiq sihat seperti sediakala. Ann pun kena kuatkan semangat demi Afq.

peace said...

شفاه الله

~Pn Ann~ said...

Terima kasih diatas kata-kata semangat dan iringan doa kesejahteraan untuk anak saya. Alhamdulillah, Abdul Afiq dah sembuh dari virus H1N1.

Fiza Vogue said...

salam,semoga semua selamat...pssst nk taw la susu apa... please2.. sama2 nk avoid kn...