Saturday, May 16, 2009

Al-Fatihah Untuk Sepupuku

Arwah Siti Enon, 41 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat, 4.30 petang. Emak sms saya, maklumkan khabar ini pada 8.05 malam...terus call emak tanyakan betul ker berita nie...lalu emak pun kata...dia pun terkejut gak...sebab setau kami, arwah TIDAK ada sakit apa-apa...lantas saya call pakcik untuk dapatkan pengesahan...pakcik sahkan berita itu...saya, terkejut, tergamam, sedih antara percaya dan tak percaya...sebabnya sepupu yang saya kenali TIDAK pernah sakit...sepupu nie adalah anak buah ayah saya. Pukul 9.15 malam saya kerumah pakcik...sewaktu kesana...salah seorang mak saudara yang juga tidak percaya diatas kematiannya...panggil seorang Doktor pakar kerumah untuk buat check-up sekali lagi. 15 minit Doktor lakukan pemeriksaan dan Doktor sahkan kematiannya. Makcik (adik ipar abah) adalah ex-staff nurse HKL yang berpengalaman bahagian ICU dan beliau macam tidak percaya arwah meninggal sebab badannya masih panas lagi, muka masih nampak berdarah dan badannya lembut tidak kejang sepertimana macam orang biasa meninggal dunia. Setelah Doktor sahkan kematiannya, kami semua terpaksa terima hakikat ini. Makcik tanya kepada suami arwah macam mana boleh meninggal dunia...lalu suaminya ceritakan yang Arwah memang ada sakit..cuma dia tidak tunjukkan sangat dia sakit...sebab arwah takut ke hospital..sehari sebelum meninggal...arwah demam panas...pada hari jumaat..selepas solat zohor...arwah mengadu sakit dada..pukul 2.30 petang...arwah mula sesak nafas dan 4.30 petang, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan suaminya. Saya doakan semoga arwah ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Sepupuku.

2 comments:

cikja said...

bersabar mghadapi dugaan ini. Ckja turut bersimpti. Alfatihah untuk rohnya. amin

UmmuNaylah said...

AL-Fatihah utk arwah