Saturday, March 28, 2009

FRAMES FOR VIP

Semua koleksi-koleksi bingkai gambar sulaman reben ini adalah jualan tahun '07-'08 dan ianya masih lagi mendapat tempahan hingga kini. Frame dibawah ini pula adalah untuk Cenderahati Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Ianya ditempah oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) pada Nov 2007. Sebenarnya bukan senang untuk saya reka design @ teknik jahitan...sebab banyak sangat kriteria yang boleh dan tidak boleh dikenakan. Comittee mereka terdiri dari Datin-Datin dan mereka lah yang tetapkan syarat-syaratnya. Saya gunakan pasu separuh yang dibeli di Mid Valley dengan harga RM350.00...Pasu berkenaan ada 24 karat emas yang di salut pada daun kering dan ditampal di pasu. Pemilihan warna reben pula...bukan saya yang pilih...sebaliknya Comittee dan ianya juga merujuk kepada warna kegemaran Tuanku dan begitu juga dengan pemilihan bunga Sulaman Reben. Tuanku minat Orkid...maka mesti ada bunga orkid...Bingkai gambarnya pula jenis kayu ukir tebal...maaf tak de foto nak tunjuk...sebab sewaktu siap frame...saya dah terus hantar ke YADIM...tak sempat nak shoot. Frame dibawah ini pula ialah untuk Datin Jane Abdullah. Mengikut Comittee...Datin sukakan yang simple dan jangan terlalu padat sangat...warna reben juga dipilih oleh Comittee...saya gunakan pasu separuh yang ditempah dan dibeli di Mid Valley. Frame dibawah ini pula untuk Datin Rosmah. Committee kata...Datin Rosmah suka Rose Pink...maka saya kena gunakan reben warna pink...ekceli...untuk jahit semua sulaman reben yang telah siap lekat pasu...bukan senang...payah sangat untuk saya jahit...tak boleh guna RAM...maka saya kena jahit berhati-hati.... Sewaktu saya hantar ke YADIM...saya memang suspen sangat...jika ianya TIDAK berkenan pada mata Committee...saya hantar pada pukul 11.30...pukul 2 ptg...saya dipanggil ke YADIM...masa tu...saya dah suspen sangat...alhamdulillah...semua comittee berkenan dengan hasil jahitan saya dan mereka benar-benar puas hati kerana saya dapat ikut kriteria yang mereka tetapkan...

2 comments:

MamaFaMi said...

Cantik-cantik hasil kerja Ann. Memang patutlah diorang berpuas hati...

Suzana Mustafa said...

MamaFami,
ekceli..saya sendiri belum merasa puas hati...masih banyak lagi tu yang saya harus perbaiki..jika ada order sebegitu...