Wednesday, March 7, 2007

Pemahaman Bahasa

Selasa, 6 Mac '07 ~ "Ibu, Hari nie Nisa periksa..." "Nisa periksa apa ?" "Bahasa Malaysia..."....."Nisa kena baca betul-betul dan fahamkan maksud ayat..." Saya nasihatkan Nisa, penting nye memahami maksud ayat.....Jika dahulu, saya tidak ambil kisah maksud disebalik bahasa...apa yang ingin disampaikan...mesej ayat etc....tetapi kini, bila sudah bekerja di bahagian Legal Department...barulah saya lebih memahami betapa pentingnya maksud ayat....jangan salah interpretasikan maksud atau mesej bahasa. Masih ingat lagi kes saman Penyanyi Siti Nurhaliza dengan Dato' Sharifah Aini...bagaimana peguam Shafie Abdullah menterjemahkan setiap perkataan yang terkandung didalam email fitnah. Eeeemmmm....besar sekali impak bahasa ini...begitu juga apabila kita berada dalam forum...kadangkala...mesej yang kita tanya pada seseorang amat mudah dan jelas...kesalnya ada ahli yang mudah beranggapan negatif akan sampaikan mesej negatif dan meleret-leret....hingga apa yang ingin disampaikan sudah bernada serius.... Saya dulu tidak tahu bahawa....bahasa dalam surat atau laporan etc...ada nada bahasa yang mencerminkan diri si penulis....dalam legal...kita harus bijak ketahui nada bahasa yang cuba disampaikan...adakah sewaktu dia menulis dia sedang marah etc....bila kita cuba fahamkan mesej yang dia sampaikan...individu atau sipenulis berkenaan sukar untuk menerima apa yang kita katakan...maka bagaimana untuk dia buat orang faham...sekiranya dia sendiri menulis ayat yang dia sendiri tidak faham.... eeemmm...apa pun jua...sukar untuk kita mengerti seseorang...malah dengan teman tapi mesra kita pun belum tentu kita akan faham.....

1 comment:

Unknown said...

Assalamuaalaikum

Saya baru berdafter dgn wanitamelayu.com dan ingin menjual product
saya di sini. Saya harap saudari dapat meng aktif kan account saya
seberapa segera. Pada 17 April, saya telah transfer RM$30.00 ke
account
Maybank saudari. Ini butir-butirnya:

Jumlah: RM$30
Tarikh: 17 April 07
Masa: 02.54 pm
Temoat: SST JB CITY 3.

Kata Nama: Hana Little Tots

Terima Kasih.