Monday, April 23, 2012

DIY JAHITAN TANGKAI BUNGA

Panduan jahitan tangkai bunga ini adalah permintaan salah seorang peminat sulaman reben...dah lama request...baru kini berkesempatan untuk upload tutorial jahitan. Terdapat 4 teknik jahitan tangkai bunga, dua teknik saya ada tunjukkan didalam Buku Jahitan Asas Sulaman Reben dan Buku Variasi Seni Sulaman Reben. Teknik ini sahaja yang tidak ada dipaparkan dimana-mana buku saya. Menggunakan reben saiz 1 inci dan anda perlukan jarum serta benang untuk menjahit.

Gunakan fabrik pen untuk melakar bentuk batang bunga yang anda inginkan pada kain. Cucuk reben saiz 1 inci pada kain dan gulungkan reben berkenaan.



Gunakan jarum dan benang. Jahit masuk melalui reben yang bergulung dan cucuk pada kain di garisan yang telah ditandakan sebagai batang bunga. Jahitan ini tersembunyi didalam gulungan reben.

Tangkai bunga yang telah siap dijahit. Teknik jahitan ini nampak lebih kemas dan menarik pandangan, malah mudah untuk disiapkan berbanding teknik jahitan Patah Balik. Saya harap, panduan ini amat berguna untuk anda khusus kepada peminat-peminat Jahitan Sulaman Reben. SELAMAT MENCUBA !


No comments: