Panduan jahitan tangkai bunga ini adalah permintaan salah seorang peminat sulaman reben...dah lama request...baru kini berkesempatan untuk upload tutorial jahitan. Terdapat 4 teknik jahitan tangkai bunga, dua teknik saya ada tunjukkan didalam Buku Jahitan Asas Sulaman Reben dan Buku Variasi Seni Sulaman Reben. Teknik ini sahaja yang tidak ada dipaparkan dimana-mana buku saya. Menggunakan reben saiz 1 inci dan anda perlukan jarum serta benang untuk menjahit.
Gunakan fabrik pen untuk melakar bentuk batang bunga yang anda inginkan pada kain. Cucuk reben saiz 1 inci pada kain dan gulungkan reben berkenaan.
Gunakan jarum dan benang. Jahit masuk melalui reben yang
bergulung dan cucuk pada kain di garisan yang telah ditandakan sebagai batang
bunga. Jahitan ini tersembunyi didalam gulungan reben.
No comments:
Post a Comment