Showing posts with label Felt Craft. Show all posts
Showing posts with label Felt Craft. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

FELT CRAFT - Needle Book

Salam Sejahtera pengunjung Blog...
Ini adalah koleksi my handmade Felt Craft - Needle Book...selamat mencuci mata....



Jika ada yang berminat nak beli, boleh sms atau whats up ke 012-6819435 atau email ke zsi_trading@yahoo.com.

Thursday, April 3, 2014

FELT CRAFT - Coin Purse

Salam sejahtera pengunjung blog...agak lama juga saya menyepi...sejak balik dari mengerjakan Umrah...saya sakit...sibuk dengan tempahan dan baru kini berkesempatan posting perkembangan terkini...

Alhamdulillah...terima tempahan Felt Craft - Coin Purse...aneka warna dan aneka paten 200 pcs untuk wedding gift...









Jika berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com atau whats up ke 012-6819435...

Wednesday, February 5, 2014

FELT BAG

Salam sejahtera pengunjung blog...
Sembang tentang Felt Bag...baru siap tempahan kastemer felt bag..ini muka depan bag..selepas ini..akan jahit cantum menjadi bag...harap kastemer puas hati...







Menggunakan 100% Felt Polyester yang tebal dan keras..Alhamdulillah...ramai yang menempah...laa ni...stok Polyester felt saya dah habis...tengah tunggu stok sampai...kebaikan felt jenis ini ialah..tidak berbulu, tahan lasak dan tidak serap air..tahan lama...

Tuesday, January 28, 2014

FELT BAG

Salam sejahtera pengunjung blog...alkisah kali ini ialah tentang my hobi Felt Craft...dah lama tak berkraf..ini pun buat sebab tangan kanan saya sakit dan Doktor nasihatkan tangan perlu rehat dan TIDAK boleh menyulam...saya kena "Carpal Tunnel Syndrome"...dah lama rehat...sambil2 rehat tu laa...buat felt craft...

Asalnya buat bag telekung untuk anak iaitu Amira dan Annisa...entah macam mana ramai plak yang suka...saya guna 100% Felt Polyester yang jenis keras...





Ada lagi beberapa paten yang lain...akan menyusul..tengah proses siapkan tempahan pelanggan...jika berminat nak menempah..boleh sms atau email atau whats up di 012-6819435.

Saturday, October 6, 2012

FELT CRAFT - Buah Strawberry

Jom Belajar hari ini ialah Felt Craft iaitu Buah Strawberry. Cantik dijadikan hiasan diatas cupcake atau key holder atau diatas penutup bekas kuih. Kain Felt kini mudah didapati, anda boleh beli di Kedai Bunga Reben yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau kedai-kedai yang menjual bahan-bahan jahitan di luar bandar juga ada jual. 



 Bahan-bahan yang diperlukan ialah Kain Felt warna merah, spounge, jarum, benang, gunting dan tali tangsi warna hijau.



Gunakan botol mineral untuk mendapatkan tapak bulat dan tekap pada kain felt. Gunting Spounge. 



 Gunting tali tangsi warna hijau panjang 4" dan bakarkan kiri dan kanan tali. Ikat simpul pada salah satu hujung bahagian tali.



 Jahit jelujur keliling pada kain felt warna merah.



 Masukkan spounge. 
Jangan matikan benang, terus cucuk pada bahagian bawah tali.



Cucuk di tengah spounge bersama tali.



 Tarik benang kebawah dan matikan benang pada bahagian bawah buah.



Felt Craft Buah Strawberry yang telah siap. Mudahkan ! Selamat mencuba hingga jaya...insya-allah selepas ini saya tunjukkan bagaimana nak buat cupcake dari kain Felt. Anda boleh lah letakkan buah strawberry ini diatas cupcake anda...

Tuesday, August 16, 2011

PRINTED FELT FOR SALE

Kain Felt bercorak ini saya minta supplier bawa masuk...atas permintaan customer..my customer nak tempah set baby tidak kira samada set cadar, selimut atau apa saja idea dari saya untuk dijadikan hadiah. Saya plak laa nie...memang tidak ada idea..tengah kematu...hehhee..sebab baru lepas siapkan tempahan hiasan reben atas kotak...nak tunjuk gambar memang tak dapat...almaklum...corporate company...Anyway....oleh sebab kain felt bercorak ini banyak stok...so..sesiapa yang berminat nak beli..boleh maklumkan...
5 keping kain Felt = RM15.00 (Saiz A4 sekeping)
  • Kos Pos Express = RM4.00.
  • Kaedah Bayaran : Maybank2U : 164481084822 : Suzana bt Mustafa ATAU CIMB Bank : 12100002387054 : ZSI Trading
  • Sila email ke zsi_trading@yahoo.com butiran bayaran, nama penuh, alamat, HP No. dan nyatakan warna kain felt pilihan anda.

Sunday, December 26, 2010

Felt Craft - Hand Towel Hanger

Foto diatas adalah sarung penyangkut tuala tangan. Sesuai untuk hiasan dapur. Hanger berkenaan adalah hanger tudung...saya jadikan ia sebagai sangkut tuala tangan...baju mini tu..saya gunakan kain felt dan dihias depannya dengan butang-butang menarik. Jika ada sesiapa yang berminat nak jahit sendiri dan ingin dapatkan butang berkenaan...boleh beli di kedai saya...

Thursday, January 14, 2010

Felt Carft ~ Cupcakes

Insya-allah...azam tahun 2010...saya nak buka satu lagi kedai...kali ini dibawah...besar sikit dari sekarang...kedai sekarang hanya sesuai untuk buat bengkel aje...makanya...cupcakes nie saya buat banyak memang tujuannya untuk dijual...alat untuk letak jarum peniti/jarum... Selain tu...tiap kali buat bengkel dengan Agensi Kerajaan....memang saya berikan cenderahati...maka ini juga salah satu cenderahati untuk diberikan kepada peserta. Insya-allah...saya akan tunjukkan tutorial cupcakes ini....

Felt Craft ~ Bekas Kuih

Untuk permulaan, saya berikan tutorial Felt Craft bagaimana nak buat biskut-biskut felt...at the end of tutorial...saya akan tunjukkan bagaimana biskut-biskut yang dah siap digunakan untuk hiasan bekas tisu, bekas kuih, pelapik serbaguna, hiasan mini box dan lain-lain lagi.....okey...yang ini ialah Hiasan Penutup Bekas Kuih atau apa saja bekas yang boleh digunakan. Sebelum ini, saya ada paparkan bekas serbaguna (Pelapik Makanan), kotak dan hiasan di atas kek...mungkin idea ini boleh dijadikan sumber income anda menjelang raya kelak...BELUM pernah @ ada lagi dijual dipasaran...boleh anda mencubanya....

Wednesday, January 13, 2010

Felt Craft ~ Biskut Waffer

Kelas masakan malam nie...ialah Biskut Waffer...ini laaaaaa biskut yang paling-paling saya suka...okey...jom kita belajar sama-sama macam mana nak buat... Bahan-bahan yang diperlukan : Kain Felt warna cokelat cream (warna kain felt nie...ikut suka anda...tidak semestinya ikut style saya), pen @ fabrik pen, pembaris, Dylon 3D Pearl Paint dan gunting zigzag. Untuk gunting kain felt...TIDAK boleh guna gunting berbiku untuk paper craft...ianya tidak boleh digunakan sebaliknya merosakkan kain felt.
Tandakan ukuran biskut panjang 1.5 inci dan lebar 1 inci. Contoh foto diatas.
Guna gunting zigzag dan gunting. Untuk satu biskut 6 keping kain felt yang siap digunting.
Cantumkan antara satu sama lain dengan gum UHU sebanyak 6 keping. Saya lebih suka guna gum berbanding jahit...sebabnya untuk dapatkan tekstur yang betul-betul biskut real...
Akhir sekali...gunakan Dylon 3D Pearl Paint diatasnya...okey...hiasan diatas biskut tertakluk kepada kreativiti anda...TIDAK semestinya ikut style saya...jika anda rajin...boleh hias dengan manik warna cokelat untuk kelihatan ala-ala cokelat rice...atau jahit sulam benang untuk kelihatan ala-ala biskut bijan...jika anda rajin jahit laaa...jangan ikut saya...ini kes orang tangan sakit....hehehhehehe....Saya tunjukkan cara-cara buat biskut felt dulu...bila semua dah siap biskutnya...diakhir tutorial...barulah saya tunjukkan kaedah buat kotak, bekas kuih dan pelapik serbaguna.

Felt Craft ~ Biskut Gulung

Okey...hari nie...jom kita buat Biskut Gulung plak...haa..saya dah senaraikan nama-nama peniaga yang ada jual kain Felt untuk memudahkan kalian shopping online...makanya...beli jangan tak beli...dah beli...jom kita sama-sama belajar...saya pun masih belajar lagi Craft Felt niee....bukan amatur pun...saja suka kongsi ilmu.... Bahan-bahan yang diperlukan ialah : Gunting, pen, gam uhu, dua keping kain felt warna cokelat gelap dan putih serta pembaris. Gunting dua-dua kain felt berkenaan dengan ukuran 1/2 inci dan panjangnya...ikut panjang kain felt yang anda beli. Pastikan gunting tajam yeee...agar nampak kemas sikit tepi kain felt. Letakkan kain felt warna putih diatas dan kain felt warna putih dibawah. Gulungkan kain felt berkenaan dan diakhirnya letak Gum UHU. Lakukan teknik yang sama..jika anda inginkan banyak Biskut Gulung ini...Okey...senangkan ? Selamat Mencuba ekkkkk....