Showing posts with label Bedsheet Cover. Show all posts
Showing posts with label Bedsheet Cover. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

HIASAN KATIL BERSULAM BUNGA REBEN

Ini adalah tempahan pelanggan untuk hiasan katil majlis perkahwinan anaknya. Beliau menempah bantal panjang bersulam penuh bunga reben untuk dijadikan hiasan kepala katil dan Comforter bersulam penuh bunga reben untuk dijadikan hiasan atas katil.
 
 
 Bantal panjang dan comforter
 
 Comforter bersulam penuh bunga reben


 Bantal panjang bersulam bunga reben


  
Bunga reben Camellia Ros. Menggunakan grossgrain reben dan saiz reben 1.5". Mengambil masa yang panjang juga untuk menyiapkan keseluruhan tempahan ini.

Tuesday, February 5, 2013

SET CADAR SULAMAN REBEN

Set cadar sulaman reben, hiasan katil pengantin. 2 bantal kepala saya sulam reben bunga Peony Rose dan 2 bantal lagi TIDAK disulam reben, hanya jahit quilting. Cadar katil tidak bersulam reben, hanya jahit quilting dan beropol keliling katil. Untuk hiasan katil, cadar comforter disulam penuh bunga-bunga reben.






Ini adalah set cadar pengantin. Saya buat sekali ikat langsir bunga reben. Sebenarnya tidak ada masalah untuk tidur diatas cadar ini. Angkat saja alas iaitu comforter dan boleh tidur atas cadar katil. Tidak perlu laa...terasa sayang nak tidur atau takut rosak sulaman reben ini...Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com. Selamat menjamu mata....

Monday, June 11, 2012

SULAMAN REBEN HIASAN KATIL PENGANTIN




Sulaman Reben Hiasan Katil Pengantin ini adalah tempahan Kak Puteri Zatul Akmam dari Perak untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Beliau tempah bantal panjang untuk hiasan kepala katil dan alas katil (comforter) sahaja sebagai hiasan katil pengantin. Teknik sulaman bunga reben ros camellia. Menggunakan grosgrain reben dan di hias dengan jahitan manik-manik.

Monday, April 23, 2012

SET CADAR SULAMAN REBEN

Set Cadar Sulaman Reben ini adalah tempahan Pn Rafika Redzuan untuk hadiah harijadi Bonda tersayang....nak stori alkisah sepanjang menyiapkan tempahan ini...tempah dah lama...kain dapat pun dah lama...sedihnya...my Tailor yang slow sangat untuk gunting kain cadar...dengan saiz cadar super king...mana mungkin boleh siapkan sulaman reben dalam  tempoh 2 minggu...saya akan jahit sulaman reben setelah kain siap digunting...udahlah kain cotton...memang sukar nak jahit..perlu berhati-hati untuk elakkan sulaman berkedut @ longgar...ekceli...bengang giler gak dengan my tailor nieee....hahaahhaa....

 
MAAF ~ KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN sebab guna Camera HP...saiz katil ini memang besar...sewaktu jahit sulaman reben...fikiran tidak berapa fokus...maka susunan paten bunga ini berlingkar-lingkar kiri kanan dan komposisi bunga ada yang arah keatas, bawah, tengah, kiri dan kanan....macam ikut suka saya laa...nak arah mana...hahahhahahha....


MAAF ~ KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN KERANA MENGGUNAKAN CAMERA HP...begitulah paten sulaman reben...teknik jahitan bunga ini TIDAK ADA didalam buku terbaru atau pun didalam buku Jahitan Asas atau pun didalam CD EBook...Teknik jahitan ini, hanya akan ada di dalam buku yang bakal diterbitkan tahun 2013....sabar ekkk...sewaktu hampir siap sulaman reben ini...anak bongsu saya plak dimasukkan ke Hospital HUKM Cheras...waduh...terkandas untuk siapkan cadar ini..malah sekaligus telah menghampakan customer untuk di hadiahkan kepada bonda tersayang...ekceli..saya pun dukacita gak...itu belum lagi nak jahit cantum cadar...pasti melewatkan penghantaran...nak buek cam no...tak kan laa...saya nak buat semua kann...oooo sakit badan tau...jahit cadar nie...satu badan sakit...
tangan, bahu dan pinggang...sebab itu den sub ajo pada yang boleh jait...

 EDEN MINTA MAAF LAA...KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..SEBAB GUNA CAMERA HP...Leh lupa nak bawa kamera...haaaa...inilah rupanya set penuh cadar...sori..sarung bantal leh lupa nak masukkan dalam bantal...gambar nampak kecik...sebenarnya...besarrrrr saiz cadar nie...saiz katil / cadar super-super king...ko ada ? hahhahahhaa...untuk siapkan semuanya...untuk bunga kekwa sahaja, saya menggunakan 12 roll reben, bunga ros merah 10 roll reben dan kudup ros 5 roll reben..itu belum lagi manik-manik...Apa pun..saya puas hati...walaupun telah mengecewakan customer tidak tepat tarikh penghantaran...secara total...pengalaman yang mencabar untuk siapkan cadar ini...SELAMAT MENJAMU MATA !...mata eden dah puas nangis sewaktu untuk menyiapkan cadar ini...hahhahahhahaha......
 




Monday, January 30, 2012

SET CADAR SULAMAN REBEN

Lagi alkisah cadar....Ribbon Embroidery Bedsheet Cover ini adalah tempahan Pn Rafikah Redzuan untuk set bilik tidur pengantin puteri beliau iaitu Mutiara Mazlan. Set cadar ini untuk Bilik Pengantin Utama dan saiz cadar adalah Double King....besar sangat...memang sakit satu badan nak jahit...bukan saya saja..bahkan pembantu saya Noraiza pun sama...sakit satu badan...almaklum...comforter besar dan berat...agak sukar juga bila nak jahit quilting dan cantum cadar...ekceli...ada kisah sadis tentang cadar ini...nak stori pun malas plak nak taip... Bunga-bunga sulaman ini saya letak manik kristal di tampoknya untuk menyerlahkan set cadar ini...MAAF JIKA IMEJ GAMBAR kurang memuaskan pandangan...sebabnya katil ini terlalu besar...amat sukar untuk saya mendapatkan shoot yang menarik..tambahan pula, kamera saya bukan jenis Hi-Tech. Perhatikan foto diatas...bantal kepala diletakkan fiber dan di quilt untuk nampak lebih menarik. Ada yang kata...sayangnyaaaa nak tidur...ekceli tiada masalah nak tidur...perhatikan foto diatas...sulaman reben hanya di sulam pada alas atas sahaja atau di comforter...manakala cadar bawahnya tidak ada sulaman reben...maka tidak ada masalah untuk tidur...malah akan nyenyak tidur sebab cadar diletakkan fiber dan di quilt...anda akan merasa keempokkan tempat tidur anda...renda pula..saya gunakan English Lace...agar cadar ini nampak lebih menarik... Secara totalnya...pasti anda akan puas hati dengan cadar ini...100% handmade dan eklusifnya...paten sulaman reben itu adalah HAK MILIK anda...tidak akan dibuat pada set cadar yang lain...ertinya TIDAK akan boria laaa set cadar ini...selain kualiti kain dan reben yang digunakan...Jika ada sesiapa yang berminat nak tempah boleh email ke zsi_trading@yahoo.com...nantikan set cadar saiz queen pula...

Friday, January 27, 2012

SET CADAR SULAMAN REBEN

Ribbon Embroidery Bedsheet Cover ini adalah tempahan Pn Rafikah Redzuan untuk set bilik tidur pengantin puteri beliau iaitu Mutiara Mazlan. Beliau tempah 2 set cadar, satu King size dan untuk bilik pengantin utama Double King size. Kedua set cadar ini mengambil masa 3 bulan untuk siapkan...pengalaman menjahit...benar-benar menguji kesabaran...tiap kali menjahit...kain asyik tertanggal dari ram...perlu jahit berhati-hati... Jenis kain ialah 100% Bedsheet Cotton...memang sejuk dan lembut sangat kain nie..tu yang payah nak sulam reben...Jenis reben yang digunakan ialah Polyester Strip Ribbon...reben ni memang tahan lasak dan tahan lama...lipat macam mana pun kain cadar nie...tekstur reben tidak berubah...tidak seperti Satin Reben...hanya cantik ketika jahit...bila dah lipat cadar tu...hancur semua tekstur dan struktur jahitan...den dah kena...tu yang serik nak kasi customer satin reben...biar mahal sikit...asalkan berbaloi dan tahan lama serta cantik pandangan... Ekceli...customer request reben warna pink & purple...jika saya guna Satin Reben...sudah pasti warna pink & purple lebih menarik pandangan...oleh sebab saya guna polyester reben..maka warna pink & purple ini terlalu soft or pastel colour...imaginasi saya mesti akan nampak tenggelam atau tiada "Pandangan WOW Factor" kepada set cadar ini...bila saya tanya kepada customer dan alhamdulillah...Kak Rafikah serahkan kepada saya apa jua idea yang saya fikirkan d'best...apa lagi...inilah yang saya suka sangat...maka saya guna reben warna merah cili....INI lah reben warna pertama saya jahit...SORI JIKA KUALITI GAMBAR KURANG MENGANCAM PANDANGAN...ALMAKLUM KAMERA LAMA...hehhehhe...apa pun...jika anda lihat cadar yang betul...bunga-bunga reben itu seolah-olah nampak bunga hidup yang bertaburan di atas cadar...ketika dah siap pasang...imaginasi saya tepat sekali...sebabnya wall paper bilik tidur warna cream, langsir warna cream, background katil cream...bila kena dengan bunga reben merah...memang menarik sekali.... Paten Sulaman Bunga Reben...saya pilih jenis tahan lasak...gomol macam mana pun tetap maintain kedudukan bunga...saya memang elakkan jahit teknik "loop stitch"...teknik "loop stitch" nie...sebenarnya hanya cantik lepas jahit aje...bila dah lama...reben pun lunyai...boleh dikatakan semua teknik sulaman ini adalah teknik jahitan "Bunga Darat" <-- bahasa nie..orang KEMAS faham laaa....Set Cadar ini dua bantal quilting, satu bantal panjang hiasan kepala katil, selimut comforter sulaman reben dan cadar quilting ropol. Saya sulam reben dan cadar nya di jahit oleh Noraiza (Pembantu).....Ada lagi stori alkisah cadar nie...tunggu ekkkk....