Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

BUKU BAKAL TERBIT

Salam Sejahtera Pengunjung Blog,
Nantikan buku ke 4 saya yang bakal terbit dan berada di pasaran pada bulan Jun 2014. 


Harga Buku RM29.90 + Kos Pos Laju RM7.00

CENDERAHATI ISTEMEWA dari saya untuk 20 pembeli yang pertama. Jangan lepaskan peluang ini....

Thursday, September 12, 2013

PERTANDINGAN BUNGA REBEN

Menghakimkan pertandingan kerjatangan Bunga Reben untuk Pertubuhan Perkumpulan (W.I.) Malaysia di Ibu Pejabat W.I., Petaling Jaya pada 12/9/2013.


 
 

 

Wednesday, September 11, 2013

PENGENDALI PROGRAM JPW WP KL/PUTRAJAYA

Foto bersama Fizo Omar, Pengasas Hot Burger Malaysia sewaktu menghadiri sessi Taklimat Pengendali-pengendali Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita WP Kuala Lumpur & Putrajaya pada 21 Ogos 2013.

CITRA, AKHBAR SINAR HARIAN

Salam Sejahtera pengunjung Blog...agak lama tidak kemaskini Diari Ann ini...lama sepi sebab sakit pun yaaa...sebab bz pun yaaa...dan macam-macam sebab...okey laaa....nak stori sikit aje...tentang alkisah saya di Akhbar Sinar Harian, terbitan 27 Ogos 2013. Ada juga stori sikit...tentang program I-Kit anjuran JPW Kelantan.

Monday, July 22, 2013

MAJALAH INSPIRASI PENGANTIN KELUARAN OGOS 2013

Dapatkan Majalah Inspirasi Pengantin Keluaran Ogos 2013. Sila gunting KUPON DISKAUN MENARIK dimukasurat 190 untuk dapatkan diskaun 15% Bunga Tangan dan 20% untuk Kotak Sulaman Reben.




Jika anda ada kupon itu, maka anda layak untuk dapatkan diskaun produk-produk Bunga Tangan dan Kotak Sulaman Reben. Promosi ini sehingga 31 December 2013.

Saturday, June 22, 2013

MAJALAH INSPIRASI PENGANTIN KELUARAN JULAI 2013

Gubahan Kreatif Bunga Tangan Reben siaran Majalah Inspirasi Pengantin keluaran Julai 2013, mukasurat 150 - 151.


Terima kasih Majalah Inspirasi Pengantin. Sejak siaran, saya menerima banyak tempahan Bunga Tangan Pengantin dan tempahan penuh sehingga bulan Mac 2014. Terima kasih kepada semua pembaca budiman. 

Monday, March 18, 2013

SPECIAL BIRTHDAY GITF

Majlis Harijadi ke 71, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Jamalullail (PERLIS). Penyerahan hadiah Hand Bouquet Ribbon Flowers dan Kotak Sulaman Reben oleh Puan Sri Datin Hajjah Atikah Abdullah.




Terima kasih Puan Rafikah Redzuan yang menempah hadiah istemewa ini. Sebelum ini, produk Sulaman Reben saya pernah dijadikan hadiah untuk Sultanah Terengganu dan Sultanah Pahang....kesalnya...tidak dapat foto dari penganjur...itu pun dah lama..tahun 2007 dan 2008. Mencari hadiah untuk ibu ? hadiahkan Hand Bouquet Ribbon Flowers...gerenti tidak akan layu...

Wednesday, February 29, 2012

BUKU VARIASI SENI JAHITAN SULAMAN REBEN

DAPATKAN BUKU TERBARU !
 
Buku Variasi Seni Jahitan Sulaman Reben terkandung 10 teknik jahitan sulaman bunga reben. Penerangan, formula dan foto langkah demi langkah yang mudah difahami dan dipelajari. Terdapat lebih dari 20 paten contoh-contoh jahitan sulaman reben untuk anda lakukan jahitan sulaman sendiri.  
  • Harga Buku = RM29.90 
  • Kos Pos Laju = RM7.00 
  • JUMLAH KESELURUHAN = RM36.90

Jika anda berminat untuk dapatkanya, kaedah bayaran seperti berikut;
  • MAYBANK2U Akaun No. 164481084822 : Suzana bt Mustafa ATAU

  • CIMB Bank Akaun No. 12100002387054 : ZSI TRADING

  • Sila email informasi bayaran ke zsi_trading@yahoo.com

  • Sila email informasi nama penuh, alamat dan HP No. ke zsi_trading@yahoo.com untuk urusan pengeposan.

Sunday, February 5, 2012

BUKU VARIASI SENI SULAMAN REBEN

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah swt, akhirnya buku ketiga saya akan berada di pasaran penghujung bulan Februari 2012. Buku yang bertajuk "VARIASI SENI SULAMAN REBEN". Inilah rupa cover buku...ekceli...foto cover ini ada kesilapan ejaan nama saya...apa pun...yang finalnya...pastikan anda dapatkan buku penulis Suzana Mustafa...harga saya belum ketahui lagi...insya-allah...bila sudah dimaklumkan..saya akan war-warkan disini. Sebagai penghormatan saya kepada anda...100 pembeli buku yang pertama akan layak menerima penanda buku ini...Bookmark ini adalah 100% my handmade tauuu....bukan beli siap...so...sesiapa yang berikan nama dulu...maka itulah saya masukkan dalam list untuk menerima bookmark ini... Tunggu eekkkk...buku ini yang bakal berada di pasaran...pasti tidak akan mendukacitakan anda dengan isi kandungan buku yang menarik dan tertarik...insya-allah...

Friday, June 10, 2011

Tutorial Bunga Ros @ Kelas Ann

Alhamdulillah...saya telah pun buka "Pages - Tutorial Bunga Ros" (seperti foto diatas) di Blog Kelas Ann dengan paparan foto langkah demi langkah teknik jahitan sulaman reben bunga ros. Insya-Allah, tutorial berikutnya...saya akan cuba upload foto langkah demi langkah teknik jahitan sulaman reben Kudup Bunga Ros. Saya juga syorkan anda copy & paste @ save didalam CD EBook Jahitan Sulaman Reben. Harus ketahui bahawa Blog Kelas Ann terhad untuk 100 pembaca sahaja. Maka anda yang dapat masuk adalah 1ST GROUP dan tempoh anda untuk berada di dalam kelas ini hanya untuk 2 minggu sahaja, selepas itu...saya jemput pula 2ND GROUP untuk masuk ke Kelas Ann. Pada yang telah menerima email, sila masuk dengan segera dan pada yang tidak menerima email jemputan, sila email kepada zsi_trading@yahoo.com untuk penyemakan senarai pembeli EBook.

Thursday, June 9, 2011

Kelas Ann

Alhamdulillah...akhirnya Blog Kelas Ann tercipta khusus untuk pembeli EBook Jahitan Sulaman Reben mendapatkan Free Tutorial sebagai Free Gift seperti yang dijanjikan. Blog itu adalah Closed Group Discussion dan khusus untuk pembeli EBook Jahitan Sulaman Reben sahaja.
  • Saya telah pun menghantar email jemputan kepada pembeli-pembeli. Pastikan anda mendapat email jemputan dari saya. Jika anda belum menerimanya maka anda berada dalam GROUP KEDUA. Ini kerana jemputan @ 'Syarat Blog' pembaca terhad untuk 100 orang sahaja.
  • Kepada pembeli yang beli secara sms dengan tidak berikan email add anda, sila email kepada zsi_trading@yahoo.com.
  • Sebelum kelas bermula, saya minta anda berikan komen tentang wajah bilik darjah ini...adakah anda berpuas hati dengan cat warna dinding dan papan tandanya ? Berikan komen ikhlas anda !
  • Sepanjang pembelajaran, sila ajukan soalan jika anda tidak faham atau kurang jelas bagaimana hendak jahit dan sebagainya. Jangan segan untuk bertanya atau anda boleh ajukan soalan di email diariann@gmail.com.
  • Apabila anda berjaya masuk ke Kelas Ann, sila Sign In as Followers untuk anda ketahui bahawa kelas telah bermula.
Saya amat berharap, anda dapat menafaatkan blog berkenaan dengan sebaiknya dan belajarlah sesama kita sehingga sukses. Semoga kita mencapai matlamat dalam menimba ilmu...insya-Allah !

Wajah Baru Diari Ann

Jika sebelum ini, background Diari Ann berwarna pink & red...kali ini saya pilih Pastel Blue....macam mana ? oke tak ?..please friends...berikan comment anda...kerana andalah yang akan berkunjung...maka saya berikan pilihan ditangan anda...jika ianya TIDAK OKE...maka saya akan ubah dan ubah lagi...hehehhe... Layout kali ini saya asingkan ikut kategori pada bahagian atas...ini untuk mudahkan pengunjung untuk membeli dan ketahui produk terkini saya.... Saya juga tengah siapkan Close Group Discussion Blog khusus untuk pembeli-pembeli CD EBook Jahitan Sulaman Reben...sabar yee...blog berkenaan tengah make-over...Blog berkenaan juga adalah Free Gift Online Tutorial khusus untuk pembeli EBook...masa terhad...bila ada masa free...barulah dapat mengadap pc...jika terlalu lama mengadap pc...tempahan sulaman reben tak siap plak...kakitangan memang tak cukup...nak siapkan produk banyak...saya harap anda sabar eekkk...jangan laa bosan plak... okey...berikan komen anda tentang wajah baru Diari Ann ini...5 komen terbaik...akan dapat Pin Cushion Felt Craft Cake...macam mana rupanya..sabar ekk...saya akan upload jua fotonya...

Sunday, September 26, 2010

Al-Fatihah ~ Allahyarhamah Norsaphira Baharudin

Tahun 2010, abang ipar kehilangan dua orang yang disayangi. Seminggu sebelum bulan Ramadan, beliau kehilangan Bapa Mertua. Seminggu selepas raya, beliau kehilangan Isteri tersayang. Pemergiaan kakak ipar saya memang tidak diduga....hingga kini, kami sekeluarga masih terasa kehilangannya. Kakak ipar meninggal dalam usia yang masih muda...berusia 34 tahun...muda 7 tahun dari saya...sedangkan abang ipar berusia 44 tahun.
Abang ipar sekeluarga yang sempat diambil pada Hari Raya pertama.
Entah kenapa, Hari Raya tahun ini...saya memang tidak merasakan suasana raya...Pada 15/9/2010....kakak Ipar di letakkan di ICU, Hospital Ampang dan di kuarantin dalam bilik khas....tidak seorang pun pelawat dibenarkan masuk dalam biliknya kecuali suami. Petang pada 15/9, Doktor sahkan kakak ipar di serang "VIRUS MENINGITIS"....Virus ini hanya ada di Tanah Arab Saudi...bagaimana kakak ipar boleh kena wallahualam...sebab kakak ipar tidak pernah ke overseas ataupun saudara mara terdekat kami yang kesana. 16/9/2010...babynya pula dimasukkan ke ICU Wad Kanak-kanak..sebab kakak ipar Breast-Feed dan dikuatiri babynya juga terkena jangkitan kuman. Pada 17/9/2010....Doktor panggil kami sekeluarga dan maklumkan bahawa Kakak Ipar BUKAN kena Virus Miginintis..sebaliknya "UNDETECTED VIRUS" @ Virus yang TIDAK ketahui atau dikenali... yang hanya ada di Overseas sahaja dan kakak Ipar adalah pesakit pertama di Malaysia yang menghidapinya.....harapan untuk selamat adalah tipis sekali..pada 20/9/2010...pukul 1.20 tengahari...didepan mata saya sendiri...saya melihat...Arwah meninggal dunia....Alfatihah untuk Arwah Norsapira....pemergiannya memang amat terasa sekali dan tanpa diduga oleh kami sekeluarga...terlalu cepat dan pantas...kuasa Allah swt tiada siapa yang dapat tandingi...

Thursday, May 27, 2010

Anak Melayu BOLEH !

Saya nak share perasaan gembira saya pada anda semua....kita biasanya "agung" kan bangsa asing lebih hebat dan lebih pandai...sebabnya kita nampak dan baca "BUKU-BUKU" jahitan mereka, lalu terus letak persepsi bahawa teknik jahitan, formula dan idea mereka hebat......WALHAL ANAK MELAYU BOLEH & LEBIH HEBAT !...Saya tak tau macam mana nak uraikan perasaan itu...tetapi kalian boleh baca sendiri di Facebook pakar Sulaman Reben Dunia iaitu Di Van Niekerk di ; Apabila jahitan saya dihargai dan mereka sendiri tidak ketahui tekniknya...maka pada yang dah belajar teknik advance...anda semua patut BANGGA...kerana andalah yang mendahului dari mereka....Anak Melayu BOLEH !

Saturday, May 15, 2010

Jualan D'Best Produk WMC ~ 26-27 Jun 2010

Buat Julung kalinya, WanitaMelayu.com akan mengadakan jualan secara Offline bertempat di Dataran Penjaja, Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26-27 Jun 2010. Ini adalah acara ATAU aktiviti pertama WMC sejak 5 tahun beroperasi di era maya....foto dibawah ini adalah lawatan ke tapak jualan...lokasi amat strategik... Berdekatan dengan Station LRT...keluar aje dari pintu utama Station LRT dah nampak tempat jualan warga peniaga WMDC. Berdekatan dengan surau...kemudahan untuk peniaga WMDC solat. Berdekatan dengan tandas Wanita & Lelaki...dimaklumkan tandas bersih dan terjaga...mudah-mudahan....almaklum...anak saya..jika tandas kotor...sanggup tak nak kencing...hehehhehe.... Kawasan lapang Dataran Penjaja...masa nie pening untuk memikirkan kedudukan khemah peniaga...almaklum...layout booth yang dah siap...kami perlu submit ke pihak BOMBA dan DBKL...maka kami kena pastikan ukuran dan kedudukan khemah adalah betul. Dataran penjaja ini, saya boleh katakan lokasi strategik...sebabnya kehadiran pengunjung adalah tiga penjuru...Pengunjung boleh datang dari arah Station LRT, jambatan dari Stadium Hoki dan dari kawasan letak kereta Stadium Nasional. Actually....sewaktu uruskan ini semua demi peniaga WMDC...saya dapat rasakan satu pengalaman yang menarik dan mencabar....jika kami uruskan sendiri...kos sewa sebenarnya lebih murah berbanding kami gunakan khidmat Event Management....maka tidak hairan laa...jika ada yang kenakan kadar sewa ribu-ribu...sebab mereka untung ribu-ribu gak....apa pun...pengalaman ini...saya boleh masukkan dalam portfolio saya....terasa tidak rugi...Saya harap...kalian hadir ekkk...sebab pelbagai produk BEST-BEST dijual dengan harga pun best d'best...sebab itulah acara Kemuncak Jualan Murah WMDC..... Ada aktiviti @ Bengkel Amal dengan kadar yang dikenakan pun murah-murah...iaitu acara buat Kotak dengan hiasan Felt Craft (seperti foto diatas), Demo Gubahan Bunga Kering (Percuma untuk ditonton) dan Bengkel membuat Paper Bag. Sila rujuk foto diatas....Bahan-bahan semua disediakan dan anda boleh bawa balik hasil kerjatangan.. Jom Hadir ekkkk....tak rugi...pasti meriah...Ada Sukaneka....Ada Cabutan Bertuah...mana tau..anda dapat ????

Kad Kuning Kad Merah

Saya terima phone call dari pihak TV9 yang memerlukan kanak-kanak berumur 9-12 tahun untuk rakaman sukaneka yang dikenali sebagai "Kad Kuning Kad Merah". Rancangan ini akan disiarkan sempena World Cup yang akan berlangsung pada bulan Jun. Maka saya pun bawa laa anak bongsu saya iaitu Muhammad Usama untuk pergi rakaman rancangan tersebut....kalian saksikan laa beberapa foto Usama bersama Artis. Dalam acara sukaneka ini, Usama digandingkan bersama Radzi OAG dan mereka berjaya mendapat tempat kedua...Foto akhir sekali...Usama bersama Zahid AF...kelakar gak bila lihat style si mamat nie...hehehhehee....

Diari Ann Kembali Lagi

Lama juga saya tidak kemaskini info alkisah Diari Ann. Sejak kebelakangan ini, saya memang sibuk...sibuk dengan urusan kedai baru, sibuk dengan urusan WanitaMelayu.com dan sibuk dengan tempahan pakaian pengantin sulaman reben. Okey...ramai yang tanya bila buku baru nak keluar...kelewatan ini adalah disebabkan kesilapan designer yang salah letak foto. Alkisahnya....foto untuk buku sulaman (2) diletakkan di Buku Sulaman (3) dan semuanya menjadi kelam kabut susunan dan layout foto sulaman. Banyak kerja rombakan terpaksa dilakukan...semuanya makan masa...ditambah pula faktor masa saya yang terhad untuk lakukan editing...bengang memang bengang...apa pun terpaksa teruskan...sebab dah register di PNM nama designer dan pencetak buku. Sorry laa ekkk...lewat keluarkan buku....Pasti ramai yang ingin ketahui perkembangan aktiviti terkini saya...alhamdulillah...saya telah pun buka cawangan kedua kedai di;
  • No. 79, Lot 11, Lorong Tunku Abdul Rahman 3, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Kedai berdekatan dengan Home Deco SSF, jika anda keluar aje dari pintu SSF, pandang sebelah kanan, nampak kedai Foto KINA, maka kedai saya disebelah nyer aje. Masih baru...banyak barang masih belum digantung...almaklum penyewa lama masih belum keluarkan barang-barangnya maka agar sukar untuk saya meletakkan barang-barang saya....apa pun...alhamdulillah...walaupun baru...dapat sambutan juga khusus untuk produk Sulaman Reben...terutama wall hanging dan kusyen...jika anda free mai le ke kedai saya ekkk....leh kasi diskaun...hehehhehhe....Selain dari pembukaan kedai tersebut....saya juga telah buka cawangan ketiga Syarikat iaitu di China...Alhamdulillah....Syarikat tersebut adalah usahasama dengan Adila Suriani Abd Malek dan tujuan pembukaan syarikat ini adalah untuk menguruskan urusan perniagaan Peniaga Borong WanitaMelayu.com....setakat ini ada 3 orang pekerja yang bekerja disana iaitu 2 staff dari China dan seorang pekerja Lelaki dari Malaysia....kami juga dalam proses untuk mewujudkan Plaza Borong WanitaMelayu...lokasi sudah dikenal pasti...cewahhhh...macam pencarian detektif plak...hehhehehe....sambutan dari beberapa peniaga WMDC juga amat menggalakkan....insya-allah....dan doakan semuanya ini berjalan dengan sukses...

Wednesday, March 31, 2010

Alkisah di Kota Kinabalu ~ 28/3/2010

Alkisah hari ketiga saya di Sabah ~ 28/3/2010....perancangan asal nak ke tempat Jualan Bundle...kononnya nak lihat laa set cadar-cadar Bundle yang berjenama dijual murah-murah...baju-baju dan macam-macam laaa yang dijual Bundle...tapi tak jadi...kami ke Pasar Tamu di Sabah. Sekali lihat macam ChinaTown Petaling Street di KL...orang kata...tidak lengkap jalan-jalan cuci mata jika tidak ke Pasar Tamu Sabah....maka itulah saya kesitu...parking memang susah...waduh...kena jalan jauh bah.... pertama kali saya lihat Tapai Nasi bungkus besar dengan daun Keladi...jika di KL....tapai nasi atau tapai pulut @ tapai ubi dibungkus comel lote aje...tertanya plak dalam hati...boleh habis ker jika makan sebungkus besar gitu ?....didepan warna cokelat cream tu...jagung bungkus...lebih kurang macam kuih tepung bungkus...bezanya ia adalah jagung dan tepung...ekceli kan....Jagung di Sabah murah sangat...memang saya terkejut...saya dan anak-anak memang suka makan jagung...jika sebatang jagung kukus dijual dengan harga RM3.50-RM2.50 sebatang...di Sabah ~ 5 batang RM3.00...waduh...murah bangat...macam antara percaya dan percaya aje...apa pun BEST makan jagung...elok untuk kesihatan badan.... "kelapa pantan"...pelik kan....jika di KL...orang kata Buah Tembikai Kecil...comel sangat...sesuai untuk seorang makan...seolah macam terbantut laaa plak pembesaran buah tembikai nie...best tauuuu ke Pasar Tamu...orang macam saya yang minat dengan KRAF nie...1000 satu idea ada dalam kepala...alphabet seramik di Sabah murah...di KL mahal..satu huruf RM2.50...disana 50 sen aje...satu huruf...sesuai untuk peminat Decoupage @ Folk Art....ada lagi tauu...tunggu eeekkk..siap aje produknya..saya akan upload di my blog...Selepas ke Pasar Tamu...saya ke lorong Segama...(eehhhh betul ker ? nama tempat tu ?....hehhehehhe...).....kedai-kedai menjual bahan jahitan , kain langsir, pakaian etc.....eeehhhh terkejut gak saya...sebab kat sana ada jual cotton reben...murah pun murah...kedian...reben untuk keliling penutup kuih...murah-murah weeiiiiii....kain felt craft pun murah...kualiti bagus lagi....di KL mahai weeeiiiii.....pelik gak...bila orang kata..barang di Sabah mahal ? apa yang mahal ekkk ? makan murah....shopping murah...tambang flight yang mahal...huhuhuhhhhh....itulah alkisah saya di Tanah Kelahiran sendiri ~ Sabah Ku !

Alkisah di Kota Kinabalu ~ 27/3/2010

Sambungan dari Alkisah pada 26/3/2010....Bengkel Jahitan Asas Sulaman Reben pada 27/3/2010 bertempat di Dewan SEDCO. Itulah wajah-wajah peserta bengkel...seronok sangat dapat berjumpa dengan Ahli-ahli WanitaMelayu.com yang selama ini kenal hanya melalui nick name aje...kadangkala...lain kita bayangkan rupa @ wajah mereka...bila berjumpa macam tak percaya itulah orang nyer...hehhehehe.... Sessi bergambar beramai-ramai pada hari akhir bengkel...masing-masing dah eppi dengan hasil jahitan..alhamdulillah...semuanya sempat siapkan jahitan....mereka semua nie BEST...kelakar...saya sempat tanya pada mereka...."kenapa orang Sabah..bila cakap...at the end of the words..mesti ada perkataan 'bah'..apa maksud 'bah' ye ?"..kemudian...Kak Hajah Nooriah cakap..."sebab Sabah..."...."laaaa...macam tu laa plak..."...ekceli...isu ini menjadi isu jenaka antara saya dan Noraiza....saya cerita pada Aiza....kalo kita orang Selangor...maka kita akan cakap..."bukan gitu 'ngor'..."...Kalo kita orang Pahang..."bukan gitu 'hang'..."....anyway...ISU INI BUKAN ada apa-apa sentimen eekkkk....tiada niat...hanya gurauan semata-mata...mohon ampun maaf...andai ada yang terasa yee.... Selesai bengkel...Kak Fauziah (orang kuat yang banyak tolong uruskan bengkel sulaman reben ini...) bawa saya dan Aiza makan-makan di Sutera Harbour Stall...haaa...satu perkara yang kalian mesti tau ialah...my peberet food...hehhehehhehe....LAKSA....kesalnya tak de jual "Laksa Sabah"...yang ada Laksa Penang...ada jual di Sabah...disebabkan dah tau aneka rasa Laksa...bila bau aje..laksa nie..terus saya cakap kureng sedap...Aiza tanya...macam mana akak tau ?...saya kata...dah biasa dah...ini mesti rasanya macam kuah pindang...masam aje lebih...bila dah makan...memang betul...rasa kuah pindang...apa pun...makan aje laaa buat alas perut....Satay plak...BUKAN Nasi Impit...sebaliknya pulut...memang agak pelik laaa pada saya...sebab jarang makan pulut dengan satay....apa pun makannnnn...asalkan kenyang dan Alhamdulillah.....

Monday, March 29, 2010

Alkisah di Kota Kinabalu, Sabah ~ 26/3/2010

Tidak pernah terlintas di fikiran ini yang suatu hari, saya akan sampai ke Kota Kinabalu, Sabah...ini lah yang berkata di hati pada hari pertama kapal terbang mendarat di KK. Berkata dalam hati, adakah jika saya masih bekerja kini, saya akan sampai ke KK ?...mungkin tidak..inilah jawapan yang pasti. Sebenarnya...ada seorang ahli dari TUDM, Labuan, Sabah pelawa saya untuk adakan bengkel sulaman reben disana...masa dijemput...memang teringin sangat..iya laa...kembali ke tempat tanah kelahiran sendiri...siapa yang tak nak kan ? Disebabkan sukar untuk kumpul peserta ditambah pula syarat ketat untuk pelawa orang luar...maka Bengkel di batalkan. Pengalaman di KK ibarat perasa masakan "Masam-masam Manis"....Sampai aje di KK, saya terus ke hotel untuk check-in...Hotel Tang Dynasty...masuk aje...terkejut...sebab receptionnya duduk...ada meja khas macam pejabat laa plak...dalam hati dah berkata...peliknya...mana-mana hotel..standard...reception semuanya berdiri...sekalipun 5 star Hotel...ini hotel 3 bintang..bolehkan receptionnya duduk...
  • "Saya nak check in ye..atas nama Suzana Mustafa, booking no. 31371"...si gadis manis semak di komputer...
  • "Maaf ye puan, booking no. 31371 adalah di Hotel Tang Dynasty Park Hotel"....
  • "ehh..ini bukan Tang Dynasty ker ?".....
  • "Bukan Puan..ini hotel Tang Dynasty..."
  • saya dah mula keliru...rupanya Tang Dynasty hotel nie..banyak cawangan di Sabah...waduh...gawat...udah laaa barang banyak...
  • "dekat tak Tang Dynasty Park Hotel ?"
  • "dalam 10 minit perjalanan dari sini..."
  • berangkut sekali lagi saya ke Hotel yang sepatutnya...
  • Sampai di Hotel Tang Dynasty Park....saya cari bell boy...tidak ada...makanya saya dan Aiza laaa jadi bell boy...angkat barang dan letak di Troley...."saya nak check-in atas nama Suzana Mustafa...ref. no. 31371"....
  • Si pekerja yang "kurang mesra pelanggan" nie pun...semak sistem..."Maaf Puan...puan udah cancel booking yee ?"
  • "haa...bila masa saya cancel booking ? siapa yang cancel ? jika nak cancel...kenapa tidak call saya dulu ? bukan ker sewaktu booking..saya sudah berikan my HP No. ? "
  • "saya enggak tau...tetapi sudah menunjukkan Puan cancel booking..."
  • "saya tidak mahu ambil tahu..siapa yang call untuk cancel...isunya...saya nak tahu..kenapa masa nak cancel TIDAK call saya untuk pengesahan ?"
  • "sekejap puan..saya tanya bos...".....disebabkan sudah malu dengan tindakan pekerja rakannya yang tidak professional...maka dia sedaya upaya cuba dapatkan bilik untuk saya..."okey Puan...bilik ada...tapi puan kena tunggu laa..sebab kami tengah kemaskan bilik.."
  • "berapa lama nak tunggu ?"
  • "pukul 3.30 bilik siap"...masa tu..jam ditangan menunjukkan pukul 1.45 ptg....waduh..capek lagi nak menunggu selama 2 jam...sementara menunggu...saya ajak Aiza makan di coffee house...lagiiiiii bengang...makanan entah apa-apa aje...hampeh betul laaa pada hari pertama sampai di KK....
  • Habis daftar etc...sekali lagi saya pelik..sebab TIADA Free Breakfast..saya tanya..kenapa tidak dapat Free Breakfast ye ?..."hanya Government @ Corporate sahaja dapat Free Breakfast..Guest tidak dapat..."
  • "ehhh peliknya...walhal kami bayar mahal..patutnya kasi laaa...Government & Corporate bukan kah dah dapat special price...patutnya tak usah kasi laa..yang guest nie bayar mahal..tetapi tak kasi..teruknya...."
Itulah dia pengalaman pertama saya di KK...masam-masam manis..macam asamboi...itu belum lagi peserta yang macam "asam boi"...tak dapat join di saat akhir...tak ke masam dibuat nyer...udah laaa penat kita bawa bahan, terpaksa biaya kos bahan, bawa, sewa dewan, makan etc...semua itu dah kira kos...ini....sedap-sedap aje cancel...alasan logik oke lagi laaa...ini lagi terang...tak masuk dek akal...jika inform 3 hari sebelum bengkel..saya tidak laa terasa ralat sangat...ini batal pada hari bengkel itu sendiri...kadangkala...dorang nie bebetul tidak prihatin...dah aniaya orang...cuba jika dia berada ditempat kita...marah tak ? saya gerenti laaa...dorang pun akan marah laa..sebab dah penat sediakan semua bahan...ikut suka dan sesedap rasa aje nak batalkan penyertaan bengkel... sambungan malam nanti ekkk...dah nak keluar nie...panjang alkisahnya..penat menaip....hehhehehehe...