Monday, November 19, 2012

TEMPAHAN CUSTOMER 2012

Pada tahun 2012, saya paling banyak menerima tempahan produk cenderahati...samada untuk dijadikan wedding gift, corporate gift dan peniaga-peniaga. Ekceli..ada lagi produk...sarung kusyen, bekas kuih, set cadar pengantin dan bag tangan...mana yang sempat ambil foto, saya akan paparkan dan ada yang tidak sempat untuk shoot foto, customer dah datang ambil produk mereka.


 Bunga siap untuk dijahit pada pakaian. Ditempah oleh peniaga dan butik. Satu paket ada 6 kuntum bunga dan dijual dengan harga RM8 - RM10  satu paket dan harga tertakluk kepada jenis reben, saiz bunga dan kuantiti tempahan.


 Folded Rose - untuk dijahit pada baju, topi, tudung dan lain-lain. Ditempah oleh Butik untuk dijahit pada pakaian pengantin. Menggunakan 100% polyester strip ribbon dengan saiz 3/5" .....memang comel...satu paket ada 10 kuntum...ada 3 warna iaitu baby pink, red chili dan vantage pink...dijual dengan harga RM15 - RM10 satu paket dan harga tertakluk kepada jenis reben, saiz bunga dan kuantiti tempahan.
 


  Penanda Buku - produk paling popular sepanjang tahun 2012...ditempah oleh ibu-ibu untuk hadiah Cikgu-cikgu anaknya, Cikgu-cikgu untuk hadiah anak-anak murid dan dijadikan wedding gift. Label kertas ditulis dengan ucapan dari pemberi. Label adalah percuma. Harga penanda buku ini diantara RM5.00 - RM2.50 tertakluk kepada corak reben, jenis reben dan kuantiti tempahan.

   
Corsage atau Pin Brooch - Ditempah oleh Butik untuk dijahit pada pakaian pengantin, peniaga-peniaga, wedding gift dan corporate company sempena Annual Dinner syarikat yang bertemakan Flora... Menggunakan 100% polyester strip ribbon dan saiz reben 1.5". Harga produk RM15 - RM10 dan harga ini tertakluk kepada jenis reben, corak reben dan kuantiti.
  • Jika ada yang berminat untuk menempah, saya syorkan anda tempah 3 bulan sebelum penerimaan produk.
  • Sila email ke zsi_trading@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

No comments: