Paten Bunga Ros yang telah siap dijahit pada kusyen.
Bahan-bahan yang digunakan ; Gunting, benang, jarum dan satin reben saiz 1.5 inci.
Gunting reben panjang 4 inci. Gunting sebanyak 19 keping. Untuk memudahkan anda menjahit, saya syorkan anda bakar reben kiri dan kanan.
Teknik membuat kelopak bunga ros. Lipat reben bersilang. Sila rujuk foto diatas.
Lipat sekali lagi reben. Sila rujuk teknik foto diatas.
Bahagian lipatan reben, turunkan kebawah. Pastikan bahagian bawah reben sama rata dan bahagian atas runcing.
Jahit jelujur bahagian bawah reben. Lakukan teknik yang sama untuk kelopak seterusnya.
Lakukan teknik yang sama untuk kelopak bunga ros dan buat 3 kelopak, 5 kelopak dan 7 kelopak.
Teknik membuat kudup bunga. Lipat reben bersilang, sila rujuk foto diatas.
Mulakan menggulung reben dari kiri hingga ke kanan. Teknik ini untuk membuat tengah bunga ros.
Setelah siap menggulung, jahit bahagian bawah kudup bunga dan lilitkan dengan benang. Jangan putuskan benang.
Lakukan teknik lipatan yang sama seperti kelopak bunga ros. Bezanya, anda dikehendaki jahit atas sikit iaitu sama level jahitan dengan bahagian tengah kudup ros.
Masukkan benang pada bahagian mula jahitan reben. Cantumkan sehingga terbentuk kudup bunga ros.
Matikan benang dan gunting bahagian lebih reben. Elakkan gunting terlalu pendek. Ini boleh menyebabkan jahitan kudup bunga terbuka atau tertanggal.
Setelah siap semuanya, mulakan jahitan 7 kelopak bunga ros pada kain. Setelah jahit pada kain, jahit pula 5 kelopak dan 3 kelopak, seterusnya kudup bunga ros pada bahagian tengah. Kemasan jahitan adalah penting, pastikan jahitan padat dan bunga tidak bergoyang.
Inilah hasil jahitan bunga yang telah siap. Jika anda ingin jadikan jambangan bunga tangan, teknik yang sama juga....bezanya tidak perlu jahit pada kain. Anda gunakan gum UHU untuk cantumkan antara satu sama lain kelopak bunga dan gum pada batang bunga.
Selamat mencuba, semoga ilmu ini mendapat menafaat untuk semua dan diberkati oleh NYA...Isya-allah...AMIN...
15 comments:
kt mne blh jmpe buku tu?scra online pun ade jual x?trima ksh ats prkongsian..really appreciate..:)
yayaa,
Sila klik bahagian atas, ada tajuk BUKU. Klik disitu untuk dapatkan informasi lanjut pembelian buku secara online.
Olá!amei seus trabalhos parabêns,estou te seguindo e gostária de te convidar para conhecer meus trabalhos.Beijos.
Obrigado visite o meu blog e se tornou meu seguidores.
terima kasih banyak2 ye ann....ummi dapat banyak ilmu kat sini.cuba buat tapi memang dah keras tangan kot....tak secantik kraf ann...minta halalkan ilmu ni ye...tq
Simplesmente divino! Não entendo o idioma mas creio que aprendi só de olhar as fotos. Amei!
Obrigada!
Nely
Ini adalah bunga ros cantik, tahniah kepintaran dan bakat dan kesabaran, saya menyambut Poland
Waduh2 cantiknya ......
Mungkin seperti yang membuatnya kali ya .....
Cantik mbak ....
Terkagum-kagum aku ....
Waduh2 cantiknya ......
Mungkin seperti yang membuatnya kali ya .....
Hello Tuhan memberkati! Sangat halus semua ciptaan anda! The'll dimasukkan ke dalam amalan! dan saya akan menghubungi anda!
Boa noite Suzana. Adorei seus trabalhos, vc tem mãos abençoadas. Gostaria de saber como adquirir seu livro, e em qual idioma está. Apesar de que, somente em olhar dá para saber como fazer. Tenha uma excelente noite e um forte abraço. Bete
terima kasih Puan , hanya Allah yg tahu betapa gembiranya saya menemui blog puan. dlm keadaan 'sunyi' sy menemui sesuatu yg indah dari insan yg indah seperti Puan. terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini..
It's beautiful! Loved your jobs! <3
Congratulations!
Kata from Hungary :)
Post a Comment