Panduan jahitan Sulaman Reben Buah Anggur. Teknik jahitan ini saya sudah lama shoot foto, bila korek fail-fail lama, alhamdulillah...terjumpa semula foto DIY ini. Amat menarik dan sesuai jika anda jahit untuk dijadikan pelapik pinggan (Place mat) di bahagian sudut kanan atas place mat.
Guna reben saiz 1 inci. Jahitan Sulaman Reben French Knot (Sila rujuk buku Jahitan Asas Sulaman Reben)
Jahitan French Knot dengan susunan Tiga (bahagian atas), Dua di tengah dan satu bahagian bawah.
Guna reben saiz 1/2 inci dan jahit Straight Stitch. Tutup pada bahagian jahitan French Knot. Lakukan jahitan yang sama untuk semua jahitan French Knot.
Guna reben saiz 1/2 inci warna hijau. Jahit teknik jahitan sulaman reben Ribbon Stitch untuk jahitan daun. Jahit pada bahagian atas. Buah Anggur yang telah siap dijahit. SELAMAT MENCUBA !
2 comments:
cantiknyer
lawa nyer kak...creatif..thanks kongsi idea
Post a Comment