Pages

Wednesday, June 26, 2013

PROGRAM JEJARI BESTARI JPW KELANTAN

Sewaktu di Kelantan, saya sempat belajar beberapa Loghat atau Bahasa Kelantan...mungkin pada warga Kelantan..ianya adalah biasa pada mereka untuk bercakap hari-hari...tetapi...pada saya orang kota...mendengarnya aje..sudah pelik...
  • Kecek - maksudnya bercakap
  • Sengoti - sungguh-sungguh
  • gaduh - cepat
  • Lorat - Kelam Kabut
  • pa'tak - bawah
Peristiwa lucu..apabila peserta cakap..."Cikgu dah nak gaduh..." kemudian Aiza iaitu pembantu saya pun menjawab..."memang cikgu dah nak gaduh dah nie.."...sebenarnya..Aiza memang maksudkan dengan gaduh...nasib baik Puan Nani, Pegawai JPW...tolong jelaskan..."sebenarnya Cikgu..mereka bukan maksudkan dengan gaduh...tetapi..mereka maksudkan harus cepat-cepat siap..."...saya pun mencelah..."laaaa iya keeeeee......"...semua peserta ketawakan kami...ini lah bahayanya bila komunikasi dua hala dengan maksud yang berbeza...memang boleh jadi gaduh...hahhahahhahhahahaaaa..............


Program Jejari Bestari anjuran JPW Kelantan pada Rabu, 19 Jun 2013, seramai 20 peserta.
 



Peserta sedang tekun menyiapkan teknik-teknik jahitan Asas Sulaman Reben.

Foto beramai-ramai pada sessi penutup program dan selepas penyampaian Sijil peserta. 

Alhamdulillah...semua program berjalan lancar dan dipermudahkan dengan izin Allah swt...Insya-allah...bulan Oktober..saya mendapat jemputan dari JPW Kelantan untuk mengajar Program Inkubator Kemahiran Wanita Usahawan Sulaman Reben dan Bunga Reben...program ini terbuka dan bukan khusus untuk ibu tunggal ertinya sesiapa yang berminat  untuk ceburi bidang perniagaan Sulaman Reben dan Bunga Reben, boleh pergi ke pejabat JPW Kelantan untuk mendaftar....

1 comment: