Pages

Wednesday, January 14, 2015

DIY TUTORIAL BOW RIBBON

Salam Sejahtera Pengunjung Blog,

Agak lama kan..saya tidak berkongsi ilmu. Perkongsian ilmu kerjatangan kali ini adalah Bow Reben. Pada saya sebenarnya senang...itu saya...tapi...tidak pada peminat-peminat reben. Mereka tidak tahu macam mana nak buat dan ada yang kata susah nak buat.

Okey...atas permintaan...maka saya kongsikan ilmu ini. SELAMAT MENCUBA !


Menggunakan reben saiz 1 1/2 inci. Gunting panjang reben 12 inci 3 keping dan 10 inci 2 keping.


Reben panjang 12 inci lipat dua dan jahit jelujur pada bahagian tengah reben.


Jahit reben seperti foto diatas dengan susunan dimulai reben panjang 12 inci, reben panjang 10 inci dan reben panjang 12 inci.


Sekeping reben panjang 12 inci, gunting runcing hujung kiri dan kanan.


Sila rujuk foto diatas, jahit jelujur reben seperti kedudukan diatas.


Tarik benang dan matikan benang.


Gunakan pemetik api untuk bakar bahagian runcing reben yang berbulu.


Bow Reben yang telah siap, cantik dijadikan hiasan diatas kotak hadiah.

Senang dan mudah kan ! SELAMAT MENCUBA !
Saya alu-alukan perkongsian ilmu ini dan semoga anda menafaat ilmu ini sebaiknya.

No comments:

Post a Comment