- Jika anda menggunakan pewarna yang dah siap warna ikut warna bunga asli...ini lebih mudah dan hasilnya lebih menarik pandangan...berbanding anda menggunakan pewarna Batik.
- Pewarna batik ada 4 warna asas iaitu kuning, biru, hijau dan merah...ini anda kena pandai dan kreatif membancuh warna...kena rujuk colour chart.
Jika hendak warnakan reben, anda haruslah menggunakan reben warna putih atau offwhite, hasilnya lebih menarik. Teknik bunga diatas ada ditunjukkan didalam buku "Variasi Seni Sulaman Reben" (Sila rujuk buku terbaru saya). Bezanya, didalam buku ditunjukkan jahit atas kain, bunga ini saya gam dengan batang bunga.
Menggunakan pewarna "Gipsy Pink", jika anda berminat nak beli, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com. Setitik sahaja pewarna dan lebihkan banyak air, bancuh atau kacau sehingga sebati dan gunakan berus lukisan untuk sapu keliling kelopak reben. Bahagian tengah bunga, gunakan warna yang tidak dibancuh dengan air. Sapukan ditengahnya dengan berus lukisan untuk dapatkan hasil bunga ros yang menarik.
Selepas anda sapu pewarna, biarkan bunga reben itu kering sendiri. Lebih cepat kering jika anda buat dibawah kipas. TIDAK perlu jemur dibawah panas terik mahatari. Itulah hasilnya, bunga reben yang telah siap diwarnakan. Kualiti gambar kurang menarik...maka kurang jelas warna bunga reben ini...apa pun...yang penting tips dan teknik untuk mewarna reben.
hermoso trabajo, cada rosa, flor, todo lo que haces son obras de arte, me encanta lo que haces, Dios te bendiga mil veces mas... tienes un corazón generoso, gracias por compartir
ReplyDeleteeres bienvenido y gracias visitar mi blog.
ReplyDelete