Pages

Thursday, October 4, 2012

Sulaman Reben Bunga Kekwa

Jom belajar hari ini ialah Sulaman Reben Bunga Kekwa (Chrysanthemum). Alhamdulillah...dengan anugerah dari Allah swt, idea ini telah tercipta...banyak kali lakukan percubaan untuk mendapatkan ukuran yang tepat dan menarik pandangan dan banyak juga laaa aneka reben terkorban....Sebenarnya, banyak teknik yang boleh dilakukan untuk buat Bunga Kekwa ini...Bunga ini juga sekali lihat macam bunga Matahari dan Bunga Dahlia pun ada gak...apa pun..Jom Belajar.....



Guna reben saiz 1/2" atau 3/8". Gunting panjang reben 4". Gunting sebanyak 40 keping. Untuk membuat kelopak bunga.

 

Reben  lipat dua sama tengah. Lipat bersilang agar bahagian atas runcing segitiga dan bahagian bawah reben sama rata.

 

 

 

 Bahagian bawah reben lipat dua dan jahit jelujur. Lakukan teknik lipatan yang sama pada reben yang lain dan jahit cantum jelujur sebanyak 40 keping. Temukan benang pada bahagian mula masuk dan matikan benang.

 

Setelah siap jahit menjadi sekuntum bunga, warnakan bahagian tengah bunga dengan pewarna reben untuk mendapatkan efek atau pandangan yang lebih menarik. Biarkan bunga berkenaan kering seketika.



Setelah bunga kering, jahit bunga pada kain. Jahit ikut celah-celah kelopak bunga untuk elakkan benang nampak.



Teknik jahitan tampok atau tengah bunga. Guna reben saiz 1/4". Gunting panjang 32". Jahit jelujur bahagian bawah reben. Teknik ini sama dengan teknik jahitan Bunga Carnation (Sila rujuk buku Jahitan Asas Sulaman Reben). Jahit sehingga habis reben dan cucuk jarum pada bahagian mula masuk. Tarik perlahan-lahan sehingga padat menjadi tampok bunga. Untuk elakkan bergerak, jahit sikit-sikit pada bahagian tengah bunga.
 

Setelah siap, saya warna pada bahagian tengah bunga dengan pewarna reben warna hijau muda untuk mendapatkan pandangan bunga yang lebih menarik.





Inilah hasil jahitan Sulaman Reben Bunga Kekwa yang telah siap. Mudah dan senang untuk dijahit kan ? Saya Ikhlas dan HALAL kan apa jua informasi ilmu yang telah diberikan ini. Selamat Mencuba sehingga jaya.... Jika kurang jelas dan ada pertanyaan, boleh ajukan soalan anda.

11 comments:

  1. Cantiknya sulaman bunga kekwa.Suka sangat saya tengok. Memang kritif betul lah Puan Ann ni....

    ReplyDelete
  2. Fadzillah,

    Terima kasih...insya-allah...ada lagi tutorial teknik bunga sulaman reben baru saya akan upload. Cuba ekk...

    ReplyDelete
  3. salam pn ann,
    trima kasih atas tutorial yg sgt best. Cuma nk tanya, camana nk beli kit mewarna reben tu?

    ReplyDelete
  4. Sakyna,
    Kit pewarna reben saya ada jual...saya tengah buat beberapa sample bunga reben sekali dengan warna-warnanya..dah siap..insya-allah..saya akan upload di Blog ini.

    ReplyDelete
  5. Какая прекрасная и кропотливая работа! Браво!

    ReplyDelete
  6. best ribbon embroidery blog ever!!

    love

    ReplyDelete
  7. Ribbon yg digunakan jenis apa ye puan? Satin ke,double sided satin,reben silk atau reben kertas?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih puan atas keikhlasan memberi ilmu. Sungguh terharu mendapat ilmu yg amat sukar dimilikki ini.

    ReplyDelete