Pages

Wednesday, October 5, 2011

Bunga Reben Mawar

Salam sejahtera dan salam barakah kepada semua pengunjung setia blog ini...terima kasih kerana anda masih setia menanti dan mengikuti perkembangan terkini dari saya...lama sepi sebab memang sibuk dengan tempahan...malah hingga kini masih ada lagi tempahan yang belum siap dan perlu disiapkan sehingga tahun 2012...saya juga nak minta maaf berbanyak maaf sebab ada tempahan yang saya terima terpaksa tolak...saya syorkan sesiapa yang ingin menempah produk perlu buat tempahan 3 bulan sebelum tarikh berlangung terutama tempahan yang banyak. Mungkin ada yang ingin ketahui perkembangan terkini...insya-allah dan alhamdulillah hujung bulan September...baru sahaja selesai siapkan manuskrip buku terbaru...saya belum pasti bila akan berada di pasaran...insya-allah...bila sudah ada, saya akan maklumkan. Bunga Reben Mawar...okey..saya nak maklumkan kepada pembeli-pembeli CD EBook Jahitan Sulaman Reben. Teknik bunga diatas ada terkandung didalam CD Ebook tersebut...saya ada maklumkan saiz reben yang digunakan ialah 1.5"...untuk bunga Reben Mawar yang comel kiut seperti foto diatas...anda perlu guna reben saiz 1" dan gunting panjang reben 2 inci...teknik lipatan, jahitan dan cantum adalah sama. Hanya saiz reben dan panjang reben sahaja yang berbeza. Jika ada yang kurang pasti, boleh ajukan soalan anda disini. Foto Bunga Reben Mawar diatas ini, adalah percubaan sebelum saya jahit pada kain mahal tempahan customer...tak berani saya nak jahit terus...perlu dicuba dulu dari segi paten, warna, kualiti dan saya testing cuci untuk pastikan warna reben tidak luntur...setelah semuanya dijamin OKE...barulah saya berani jahit pada kain yang mahal...
  • Warna Reben ~ INI LAH PERTAMA KALI saya mencuba warna RED Cili...bila dah siap jahit semuanya...saya lihat...ehhh nampak macam bunga original laaa plak...tetapiiiiii...amat sukar sekali untuk mencari padanan warna reben yang lain agar sepadan dan senada dengan warna reben ros merah.
  • Jahitan Bunga ~ haaa...jangan ingat senang nak jahit...pembantu saya MIZA KREATIF kata "bunga nie nampak senang aje nak jahit, bila dah cantum pada kain jadi bunga lain laa plak...dah jadi bunga carnation"....banyak tempahan dijahit memang Miza sendiri akui amat sukar untuk mendapat bentuk bunganya...memang benar..saya sendiri pun banyak kali mencuba dan mencuba sehingga mendapat keputusan yang memuaskan hati...bila dah jadi...nampak cantikkan....
  • Jenis Reben ~ Reben yang saya gunakan BUKAN SATIN REBEN..sebaliknya Polyester Reben...reben ini memang berkualiti...amat mudah dijahit dan dibentuk serta tahan lasak.
Jika pada hari bengkel 1/10/2011, semua peserta yang hadir dapat sample-sample jahitan saya dan ada yang dapat bingkai-bingkai gambar sulaman reben teknik yang lama-lama..selepas ini...group bengkel yang mana plak akan dapat sample-sample jahitan teknik lanjutan sulaman reben...lebih baik sedekah daripada terperok dalam kotak...hahhahhahaa...

4 comments:

  1. pn ann, semua cantik2 belaka, pn kalau sudi amik award kat blog shima, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Ann,
    your ribbon roses look fantastic. Such a pitty, that you live so far away. I would love to have a workshop to learn that artistry.
    Best greetings, Johanna

    ReplyDelete
  3. Akak lawolah merah cili tu mmg sesuai utk kain tuuu.....cantikkk...cunnnn

    ReplyDelete
  4. shima,
    saya dah lawati blog anda...link mana ye untuk amik award ?

    Hi Johanna,
    Thank you.


    NorAiza,
    cantikkan..itu baru foto..kalo hang nengok yang original...lagi nampak real...den sendiri tak sabar nak nengok bila dah siap sepenuhnya...boleh bayangkan cantik laa...

    ReplyDelete